Sebuah helikopter mencuri tumpuan ramai apabila mendarat di kawasan lapang di antara Aeon Mall Kota Bharu dan Terminal Bas Kota Bharu.

Ketika helikopter itu mahu mendarat, ia dirakam oleh salah wanita yang kebetulan berada di terminal bas bersebelahan.

Menerusi hantaran TikTok @rumah_tepisungai_kb, sejurus helikopter itu mendarat, penumpang di dalamnya terus menuju masuk ke dalam MPV mewah yang diletakkan berhampiran.

@rumah_tepisungai_kb

#kotabharu

♬ UBUR UBUR IKAN LELE SLOWED BY RZK – 𝙍𝙕𝙆

Perkongsian video itu membuatkan ramai warganet teruja melihat situasi berkenaan.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang turun daripada helikopter tersebut.

Ada mendakwa individu itu merupakan anak tempatan yang mempunyai bisnes yang berjaya.

Ada pula mendakwa individu itu bertanggungjawab dalam membangunkan beberapa fasiliti di sekitar kawasan tersebut pada masa akan datang.

Dalam pada itu, warganet turut terkesima apabila melihat saiz pasaraya Aeon Mall yang terakam dalam video berkenaan.

Ramai tidak menyangka di negeri itu memiliki pasaraya yang sangat besar.