Semalam, Monsta telah memuat naik iklan raya BoboiBoy dan video tersebut sedang trending nombor 2 di YouTube ketika ini.

Bagi iklan raya BoboiBoy tahun ini, Tok Aba membawa BoboiBoy dan rakan-rakannya pulang ke rumahnya di Kota Hilir. Dapat dilihat Kota Hilir dipenuhi dengan robot-robot dan juga penuh dengan kenangan Tok Aba bersama arwah isteri dan juga anaknya, Amato.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pastinya iklan raya ini akan bermain dengan emosi anda, pastikan anda ‘stanby’ tisu apabila menontonnya. Iklan raya tersebut telah meraih perhatian ramai dan juga tular ke negara jiran, Indonesia.

Rata-rata netizen memuji iklan raya tersebut dan berasa sedih melihat Tok Aba yang berasa rindu terhadap keluarganya. Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan fesyen baru yang digayakan oleh BoboiBoy dan rakan-rakan sangat ‘in-trend’.

Malah, rata-rata netizen juga kagum melihat senibina bandar Melaka dimasukkan dalam iklan tersebut dan perjalanan Tok Aba mengenang kampungnya itu cukup menyentuh hati.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan ikla TV tempatan yang pernah popular dulu. Klik sahaja pautan di bawah ini. 

Lihat 28 Iklan TV Tempatan Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu

Tonton Iklan Raya PETRONAS ‘Antara Dua Jendela’ Tampil Dengan Animasi Yang Kreatif Dan Unik