Malaysia akan sekali lagi berdepan Thailand pada perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara acara regu berpasukan Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 pada jam 4.00 petang ini.
Skuad negara mara ke pentas final selepas mudah menundukkan India manakala Thailand pula mengenepikan cabaran Korea Selatan juga dengan kemenangan 2-0.
Baca Juga:
- Malaysia Ke Final Acara Regu Berpasukan Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025
- Sepaktakraw Piala Asia 2025: Malaysia Atasi Thailand Untuk Juarai Acara Regu
- Malaysia Muncul Juara Quadrant Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025
Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pastinya bakal bergegak-gempita dengan kebanjiran ribuan penyokong yang akan memberikan sokongan kepada barisan pemain Malaysia.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan di stadium, jangan risau kerana banyak pilihan buat anda untuk menonton dua perlawanan menarik itu.
Link Siaran Langsung Final Regu Berpasukan
1) Astro Arena 801
2) Unifi TV – Unifi Sports Channel 701
3) Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)
4) Youtube Unifi Your World
5) Youtube We Are Sepaktakraw
Bagi anda yang tidak mempunyai akses bagi langganan Astro Go, Sooka dan Unifi Sports Channel, anda masih boleh menonton aksi skuad negara secara percuma.
Laman Facebook dan Youtube Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM akan turut menyiarkan siaran langsung tersebut.
Selain itu, perlawanan ini juga boleh ditonton menerusi laman Youtube Unifi Your World dan We Are Sepaktakraw.
Jadi, tiada masalah buat anda untuk memilih saluran yang ingin anda tonton pada petang ini.