Malam ini bakal berlangsungnya aksi final melibatkan skuad negara dalam acara Quadrant dan Double Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.
Skuad negara cemerlang dalam dua acara tersebut untuk menempah pertemuan dengan Jepun pada 8.00 malam dalam acara Quadrant manakala pasangan Double pula akan menghadapi cabaran getir Thailand, 9.30 malam nanti.
Baca Juga:
- Skuad Quadrant Malaysia Mara Ke Final Sepaktakraw Piala Asia 2025
- Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025: Skuad Double Malaysia Mudah Atasi Nepal
- Piala Asia 2025: Jadual Penuh Aksi Skuad Sepaktakraw Malaysia
Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pastinya bakal bergegak-gempita dengan kebanjiran ribuan penyokong yang akan memberikan sokongan kepada barisan pemain Malaysia.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan di stadium, jangan risau kerana banyak pilihan buat anda untuk menonton dua perlawanan menarik itu.
Link Siaran Langsung Final Quadrant & Double
1) Astro Arena 801
2) Unifi TV – Unifi Sports Channel 701
3) Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)
4) Youtube Unifi Your World
5) Youtube We Are Sepaktakraw
Bagi anda yang tidak mempunyai akses bagi langganan Astro Go, Sooka dan Unifi Sports Channel, anda masih boleh menonton aksi skuad negara secara percuma.
Laman Facebook dan Youtube Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM akan turut menyiarkan siaran langsung tersebut.
Selain itu, perlawanan ini juga boleh ditonton menerusi laman Youtube Unifi Your World dan We Are Sepaktakraw.
Jadi, tiada masalah buat anda untuk memilih saluran yang ingin anda tonton pada malam ini.