Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya dari Indonesia kini semakin berani apabila secara terbuka mempromosikan kegiatan jenayah mereka melalui aplikasi TikTok.
Bahkan, mereka sedia memuat baik sejumlah video sebagai testimoni untuk menarik minat pelanggan baharu menerusi TikTok. Di samping itu, mereka dakwa menawarkan servis penghantaran mengikut laluan tikus ini pada setiap hari di salah satu komentar di video tersebut.
Baca Juga:
- Lebih 180,000 Pendatang Asing Tanpa Izin Dihantar Pulang Di Bawah Progam ‘Back For Good’
- Perkampungan Haram Warga Indonesia Di Puchong, Lengkap Dengan Ladang Sayur Dan Kemudahan Asas
- Lebih 500 Warga Rohingya Larikan Diri Selepas Merusuh Di Pusat Tahanan Imigresen
@laotcamar13 WA:+60103996218 #tkimalaysia๐ฒ๐พ๐ฎ๐ฉ #maduramalaysia๐ฎ๐ฉ๐ฑ๐ท #lampungmalaysia #medanmalaysia๐ฎ๐ฉ๐บ๐ธ #lombokmalasiya๐ฒ๐พ #acehmalaya๐น๐ท๐ฒ๐พโค๏ธ #tkwtkiindonesia
โฌ suara asli – ๐๐ ๏พ ๐๐ง๐๐จ๐๐ฉ – L0raa Template ๐ง๐ปโโ๏ธ
Tidak hanya memberikan perkhidmatan menyeludup masuk dan keluar PATI, sindiket tersebut turut menawarkan beberapa pakej tambahan termasuk penginapan di rumah teres selain kemudahan makanan.
Berdasarkan beberapa video yang dimuat naik di TikTok, sindiket ini sedia memberikan perkhidmatan termasuk penggunaan bot berkelajuan tinggi untuk merentasi perairan negara dengan mudah.
@dumaiexpressgroup #banting #dumai #tanjungbalaiasahan #kualaselangor #hallohallohallo #jomready #janganadadustadiantarakita
Ini termasuklah dari perjalanan Selangor -Dumai, Selangor – Tanjung Balai, Johor – Batam dan bergantung kepada permintaan. Harga pula bergantung kepada jarak dan boleh berunding bersama sindiket PATI yang menyediakan servis ini.
Berdasarkan komentar di video-video, memang ramai pengguna TikTok dari Indonesia sanggup menggunakan servis ini untuk merentasi sempadan secara haram meskipun merbahaya.
@laot_darat34
Diharapkan agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan keras terhadap sindiket PATI yang mana dilihat sudah mencabar kedaulatan negara kita. Anda yang mempunyai maklumat berkaitan, bolehlah salurkan kepada kepada pihak berkuasa untuk membendung ia daripada berleluasa.