Penumpang bas dan pelanggan agensi pelancongan yang melakukan perjalanan rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia bakal menjangkakan kenaikan harga dalam masa terdekat, bagaimanapun netizen melihat ini seolah-olah pengakuan daripada rakyat Singapura bahawa selama ini mereka curi diesel rakyat Malaysia.

Pada Isnin lalu, kerajaan Malaysia memotong sebahagian besar subsidi diesel yang dikatakan menelan belanja RM4 bilion setiap tahun.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan penjimatan ini akan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia telah ditetapkan pada RM3.35 seliter, meningkat lebih 50 peratus daripada harga subsidi sebelum ini iaitu RM2.15 untuk kenderaan komersial dan persendirian.

https://x.com/ChannelNewsAsia/status/1801738540268851636

Menurut laporan CNA, Singapore Cab Booking, yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan antara dua negara, menyatakan bahawa perkhidmatan bas mereka akan terjejas dengan kenaikan harga diesel ini.

Farid Khan, CEO kepada Singapore Cab Booking menyatakan bahawa syarikatnya mempunyai 12 bas berkapasiti 45 tempat duduk dalam flitnya dan beberapa bas kecil yang juga menggunakan diesel.

“Dengan kenaikan harga diesel ini, apabila kami ingin menaikkan harga kepada pelanggan, itu menjadi masalah. Mereka akan marah, tidak gembira dengan kenaikan harga,” katanya.

Agensi pelancongan lain juga merasakan kesan kenaikan harga diesel ini.

EU Holidays, yang menyediakan pakej pelancongan ke Malaysia yang merangkumi kira-kira 10 peratus daripada perniagaannya, mungkin akan menaikkan harga.

Pengarah Ong Han Jie memberitahu CNA bahawa agensinya belum memutuskan berapa banyak kenaikan tersebut.

Pengendali yang mereka bekerjasama di Malaysia juga belum mengesahkan berapa banyak kenaikan harga mereka.

Kenaikan harga diesel ini membawa kepada peningkatan kos operasi bas sebanyak 40 peratus dalam lawatan mereka, katanya.

Namun, kerana nilai ringgit telah menyusut berbanding dolar Singapura, Ong tidak merasakan masalah besar dalam konteks Singapura.

WTS Travel, yang mengatur lawatan bas ke pelbagai destinasi di Malaysia dan menyediakan perkhidmatan sewa khas, juga merancang untuk menaikkan harga pakej pelancongan dan perkhidmatan sewa bas mereka.

Pengurus pembangunan perniagaan kanan Michael Gan berkata subcontractor mereka telah meminta kenaikan harga sewa bas.

Singatour, yang menyediakan separuh daripada perniagaannya dengan lawatan ke Malaysia, juga sedang menunggu pengesahan daripada contractor sewa bas mereka mengenai kenaikan harga.

Bagaimanapun, laporan yang dibuat oleh CNA ini diterima baik oleh rakyat Malaysia dengan kebanyakan mereka mengkritik peniaga Singapura yang ‘curi’ subsidi diesel rakyat Malaysia.

Sebahagian netizen merasakan bahawa tindakan ini telah membuka kebenaran bahawa selama ini rakyat negara ‘kaya’ Singapura yang mencuri minyak subsidi rakyat Malaysia.