Singapura mengekalkan kedudukannya sebagai tempat tinggal paling mahal di dunia. Selain itu, jiran kita turut menjadi bandar paling mahal di dunia untuk individu kaya (HNWI), menurut laporan oleh bank swasta Switzerland Julius Baer.
Sebahagian besar mengapa Singapura berada dalam kedudukan bandar paling mahal adalah kerana faktor harga hartanah yang melambung tinggi selepas COVID-19.
Baca Juga:
- Dua Warga Singapura Mengamuk Di Johor Selepas Kena Tegur Isi Minyak Dalam Tong
- Kerajaan Singapura Minta Maaf, Dedah Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara
Taraf hidup yang tinggi, permintaan untuk hartanah, serta kereta yang dikenakan cukai tinggi dan harga untuk insurans kesihatan, adalah jauh melebihi purata global.
Menurut Laporan Kekayaan dan Gaya Hidup Global Julius Baer 2023, individu kaya secara amnya mempunyai sekurang-kurangnya AS$1 juta (S$1.3 juta) dalam aset kewangan cair.
“Sebagai salah satu bandar besar paling selamat di dunia, Singapura adalah unik, baik dari segi jenayah dan hak harta, tetapi juga disebabkan kelebihan cukai bagi mereka yang mempunyai pendapatan global yang besar,” kata Mark Matthews, Ketua Penyelidikan Asia Pasifik di Julius Baer.
Laporan itu menambah, “Kerajaan telah bekerja keras untuk mewujudkan persekitaran yang menarik untuk didiami dan HNWI telah mengambil perhatian, tetapi daya tarikan ini ditunjukkan dalam harga yang dihadapi pengguna tempatan sekarang.”
Antara faktor lain yang menyebabkan Singapura mahal adalah permintaan tinggi untuk tempat tinggal, kos sekolah yang naik serta harga hiburan mewah yang meningkat.
“Kos makanan mewah dan wiski premium masing-masing adalah 33% dan 24% lebih tinggi daripada purata serantau, manakala penerbangan kelas perniagaan kos purata 44% lebih tinggi,” kata laporan itu sambil mengaitkan kenaikan ini dengan pandemik COVID-19.