Ada di antara kita yang akan bergegas pulang awal pada bulan ini kerana mahu menyiapkan juadah berbuka puasa untuk keluarga tercinta.
Namun, sebahagian individu yang terpaksa balik lewat sudah pasti tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuat sedemikian . Oleh itu, ramai yang mahu mengetahui lokasi masjid yang berdekatan di pengangkutan awam agar mudah untuk melakukan ibadat serte berbuka puasa sebelum pulang ke rumah.
Akaun Media Selangor telah berkongsi beberapa grafik yang lengkap untuk pengguna LRT dan MRT mengetahui lokasi masjid berdekatan mengikut laluan masing-masing.
Menerusi ciapan yang dikongsikan, mereka membentangkan lokasi masjid merangkumi MRT Laluan Putrajaya, MRT Laluan Kajang serta Laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang serta pintu keluar yang terdekat dengan lokasinya.
MRT Laluan Putrajaya

MRT Laluan Kajang

LRT Kelana Jaya & Ampang

Perkongsian grafik ini sememangnya bakal memudahkan orang ramai membuat rujukan untuk pergi berbuka puasa dan menyelesaikan ibadah solat di masjid berdekatan lokasi masing-masing.
Menariknya, setiap masjid yang disenaraikan di laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang hanya jarak sedekat 210 meter dan paling jauh pun sekitar 650 meter yang mana boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja.
Kongsikan kepada orang ramai agar ia boleh dimanfaatkan bukan sahaja di dalam bulan Ramadhan tetapi untuk rujukan pada masa depan selagi lokasi kekal sama.