Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, mendakwa bahawa sistem dalam talian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah digodam dan penggodam meminta wang tebusan sebanyak USD55 juta (RM236.17 juta).

Menurut laporan China Press, Kok Wai berkata bahawa dia menerima maklumat daripada seseorang yang dia anggap sebagai sumber yang boleh dipercayai dan percaya bahawa keadaan itu benar.

Baca Juga:

DBKL
Tan Kok Wai

“Jika ia adalah masalah teknikal yang menyebabkan kegagalan sistem, ia tidak sepatutnya mengambil masa lebih daripada 3 minggu untuk diselesaikan.

“Ini jelas merupakan masalah yang sangat serius,” katanya.

Tiada Maklum Balas Dari DBKL

Tan menjelaskan bahawa beliau telah menghubungi pembantu khas Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 8 Mei untuk meminta pertemuan dengan Datuk Bandar berhubung situasi ini dan juga yang lain, tetapi masih belum menerima sebarang susulan.

DBKL

“Saya bukan sahaja membangkitkan isu ini, kawasan pilihan raya saya dan kemudahan awam komuniti juga memerlukan perhatian segera.

“Kini sudah 10 hari dan tiada sebarang maklum balas,” katanya.

DBKL
Sumber Gambar: ZDNET

“Sistem pengecaman muka untuk memasuki pejabat perbandaran juga telah lumpuh. Setiap orang yang mahu masuk mesti mengisi maklumat mereka.

“Adakah kejadian ini akan menyebabkan kebocoran berpuluh-puluh ribu data peribadi yang ada dalam DBKL? Pejabat perbandaran telah mengabaikan hak orang awam sepenuhnya,” tambahnya.