Pasangan pengantin baru, Siti Jamumall dan Aiman benar benar sedang meniti saat bahagia.

Kedua dua pasangan tersebut sebelum ini mengumumkan bahawa mereka sudah bernikah di Satun, Thailand pada 1 Jun yang lalu.

Terbaru, Siti Jamumall menyatakan dia terkejut dan kagum melihat Aiman pandai membancuh susu anak. Perkara itu dikongsikan Siti Jamumall di media sosial.

Video tersebut memaparkan Aiman sedang membancuh susu untuk anak mereka. Aiman juga seorang lelaki yang rajin melakukan kerja kerja di rumah termasuk memasak dan mengemas.

Aiman langsung tak kekok menjaga anak anak mereka di rumah ketika Siti Jamumall sedang di luar rumah untuk urusan kerja.

Oleh sebab itu Siti Jamumall menegaskan bahawa usia 21 tahun hanyalah angka. Kerana Aiman ternyata sudah cukup matang sebagai seorang lelaki.

Siti mengusik Aiman dengan berkata: “Terima kasih jagakan anak. Dulu Aiman ni anak bongsu, manja tapi sekarang ni auto jadi bapa. Beli 1 percuma 2, kahwin lagi dengan janda.

“Tapi saya bangga lah, dia boleh buat susu untuk anak. Siapa kata umur 21 tak boleh jadi matang. Usia itu hanyalah angka ya.”

@sitijamumall

@AIMAN TAK KESAH comel nya abiy ni🩷 maceh tolong jagakan anak2

♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

Di ruangan komen, para pengikut Siti dan Aiman terkesima melihat pasangan itu.

Mereka mendoakan kedua dua mereka agar sentiasa sihat dan terus bahagia. Selain itu peminat yang lain berharap Aiman akan terus menjadi suami dan ayah yang baik.