Siti Kassim telah dimaki oleh bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob pada hari ini.

Mereka berdua bertembung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan kemudian bertikam lidah dipercayai berkenaan dengan isu Orang Asli.

Siti Kassim dan Tok Nan bertikam lidah

Detik tersebut menarik perhatian media, di mana Tan Sri Adnan Yaakob bengang ketika Siti Kassim menuduhnya sebagai mahu menjual dirinya kepada Orang Asli.

Adnan Yaakob membalas: “Kenapa kamu masuk campur?”

siti kasim adnan

Siti Kassim membalas: “Sebab saya sangat kenal dengan mereka.”

Tan Sri Adnan kemudian berkata: “Saya menjaga mereka dengan sangat baik.”

Siti Kassim menyindir: “Oh ya kah?”

Menurut Sinar Harian, pertikaman lidah itu bermula apabila Tan Sri Adnan Yaakob mengambil gambar dengan orang Asli di lobi mahkamah.

Dan tiba tiba Siti Kassim mengeluarkan ayat sinis meminta Orang Asli agar menjauhi orang politik kerana disifatkannya sebagai penipu. Dia juga menyindir Adnan Yaakob sebagai bermuka muka dan hanya berlakon baik dengan orang Asli.

Oleh sebab itu Tan Sri Adnan Yakoob berang. Kerana menurutnya, dia sangat rapat dan hubungannya dengan orang Asli di Pahang sangat baik. Dan dia meminta wartawan tanya sendiri dengan Orang Asli di Pahang.

adnan siti

Sambil Adnan Yakoob menuduh Siti Kassim baru sekarang rapat dengan orang Asli di Pahang, sedangkan dia sudah lama menjaga kebajikan mereka, dakwa beliau lagi dalam keadaan yang agak tegang.

Tan Sri Adnan malah menuduh Siti Kassim sebagai peguam penipu dan suka masuk campur perkara yang bukan dalam bidang tugasannya sambil melabel peguam itu sebagai ‘bod*h’.

Siti Kassim bengang dan memberikan amaran kepada Tan Sri Adnan Yaakob agar tidak menuding jari ke arahnya.

Kedua duanya kemudian meninggalkan tempat tersebut.