Seorang pengguna Facebook tertarik mengulas isu lebih besar berbanding pertikaman lidah antara Siti Kassim dan Datuk Seri Adnan Yakoob (Tok Nan) baru baru ini.

Siti Kassim Dan Tan Sri Adnan Yaakob Bertikam Lidah Di Luar Mahkamah

Ketika itu Siti Kassim telah menegur sekumpulan orang Asli yang mahu bergambar dengan Tok Nan, dengan menyindir Tok Nan.

Dia menasihati orang Asli jangan nak dekat dengan ahli politik yang suka memutar belit. Itu membuatkan Tok Nan marah dan meminta Siti Kassim dan melabelnya peguam bod*h.

Ketika ramai membincangkan isu pertikaman lidah mereka, seorang pengguna Facebook tampil menceritakan kisah ‘dark’ yang jauh lebih penting, melibatkan hak dan orang Asli yang dikhianati oleh orang yang mereka percayai.

Kisah ‘dark’ yang lebih penting daripada Siti Kassim dan Tok Nan

Penulis menggariskan bahawa isu penting yang dimaksudkan adalah isu berkaitan dengan hak orang Asli yang sedang diperjuangkan oleh Siti Kassim bersama pasukan guamannya.

Kamazuki Junuh menulis: “Ramai orang sibuk cerita pasal bekas MB Pahang dan peguam Siti Zabedah Kassim perang mulut semalam.

adnan siti tok nan

“Tapi hampir semua tak fokus isu penting kenapa Siti Kassim di Mahkamah semalam mewakili kaum asli Jakun.

“Dibawah ialah kronologinya:

“1990-an: “Tanah” Orang Asli Jakun di Kota Tinggi diambil oleh Kerajaan Negeri Johor untuk Empangan Linggiu, Johor. Empangan dibina dengan kerjasama PUB Singapura untuk bekalan air kepada Singapura.

“2000: Walaupun mereka tiada geran tanah tetapi Mahkamah mengiktiraf tanah adat milik mereka dan Kerajaan Negeri Johor diarah membayar pampasan RM38 juta, RM22 juta dari jumlah tersebut dimasukkan ke Tabung Amanah.”

Peguam pecah amanah

“2008: Salah seorang pemegang amanah, S. Kanawagi guna RM7 juta dana amanah beli 27 unit kondominium di Lanai Gurney Heights. Hasil sewa dia beli lagi 30 unit atas nama anaknya, Dinesh Kanawagi. Jumlah keseluruhan 57 unit.

pecah amanah

“Firma guaman terlibat: Tetuan Khana & Co.

“2009: Tabung Amanah Linggiu Valley Orang Asli saman Dinesh, Kanawagi & firma guaman.

“2016–2020: Mahkamah arah semua 57 unit dipulangkan kepada Tabung Amanah.

“2023: Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah membenarkan penjualan 57 unit kondominium tersebut oleh RHB Trustees Berhad, pemegang amanah semasa, tanpa pengetahuan atau persetujuan masyarakat Orang Asli.

Tikam Lidah Siti Kassim, Tok Nan: Rupanya Ada Kisah 'Dark' Di Sebalik Perang Mulut Mereka

“2024: Sebanyak 65 Orang Asli memfailkan saman untuk membatalkan perintah penjualan tersebut atas alasan tidak dimaklumkan dan tiada persetujuan diberikan.

“2025 (28 April): Mahkamah batal penjualan oleh RHB Trustees Berhad. Unit kekal milik Tabung Amanah. Jualan masa depan mesti ikut harga pasaran, tender terbuka & prosedur telus.

“Nota: Orang Asli diwakili oleh peguam Rabia Abd Halim dan dibantu oleh Siti Zabedah Kasim.”

Foto mahkamah
Foto: Astro Awani

Di ruangan komen netizen akhirnya sedar bahawa ada benda lebih penting daripada berbincang isu pertikaman lidah antara Siti Kassim dan Tok Nan ini.

Salah seorang berkata: “Hikmah daripada peristiwa Tok Nan dan Siti Kassim ini, kita akhirnya lebih kesedaran isu Orang Asli.”

Yang lain berkata: “Daripada pertikaman lidah Siti Kassim dan Tok Nan ini maka barulah kita tahu cerita tentang peguam korup pecah amanah bernama Kanawagi.”

Netizen akhirnya tahu kisah tentang S. Kanawagi yang menyeleweng dana serta pecah amanah bersama sama dengan anaknya.

Menurut laporan, pada 2016 di Mahkamah Tinggi Ipoh, telah diputuskan bahawa S Kanawagi telah menyalahgunakan wang tabung amanah Orang Asli.

Dia didapati bertanggungjawab bersama anaknya K. Dinesh, dua tok batin, dan firma guaman Khana & Co.