Indonesia sedang bergolak ketika ini dimana mereka sedang menghadapi skandal rasuah mega yang didakwa dilakukan oleh syarikat minyak dan gas asli ternama iaitu Pertamina.
Menurut laporan media tempatan, syarikat itu didakwa melakukan salah laku dan penipuan dimana mereka memanipulasi selain melakukan kesalahan mencampur Pertalite (RON 90) dengan beberapa bahan dan kemudiannya dijual kepada pengguna sebagai Pertamax (RON 92).
Baca Juga:
- Jemaah Tarekat Nasqabandiyah Di Indonesia Sudah Mula Berpuasa
- Jordi Cruyff Dilantik Sebagai Penasihat Teknikal Indonesia
- Australia Berminat Bida Piala Asia 2031, Saingi Indonesia
Pertamina Sebabkan Kerugian Kepada Negara Dan Rakyat
Tindakan ini bukan sahaja merugikan kewangan negara, malah berpotensi mengurangkan kualiti bahan api yang digunakan oleh orang ramai sekaligus menyebabkan kenderaan mereka sering mengalami kerosakan kerana menggunakan bahan yang tidak berkualiti.

Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Tujuh individu disyaki terlibat, termasuk empat eksekutif Pertamina dimana mereka didakwa mengatur skim yang memaksa kilang penapisan mengimport minyak mentah dan produk petroleum dari luar, walaupun undang-undang menghendaki Pertamina mendapatkan bekalan dari kontraktor domestik terlebih dahulu.
Siasatan mendapati suspek terlibat dalam aktiviti import yang dimanipulasi antara 2018 hingga 2023, dengan tiga individu daripada syarikat swasta turut didakwa memperoleh keuntungan haram daripada penghantaran minyak tersebut.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan penyalahgunaan bahan api bersubsidi dalam syarikat tersebut.
“Segala-galanya sedang diuruskan. Kita akan membersihkan dan menegakkan peraturan,” kata Prabowo.
Pejabat Peguam Negara sedang menyiasat kemungkinan penglibatan salah seorang taikun minyak, Encik Riza Chalid, dalam skim rasuah berkaitan import bahan api.
Rumah Riza di Jakarta Selatan diserbu pada 25 Februari, dengan pihak berkuasa merampas dokumen, komputer dan wang tunai berjumlah 883 juta rupiah AS$1,500.
“Kami masih mencari maklumat lanjut tentang mengapa dokumen ini berada di kediaman Riza dan apakah peranannya dalam kes ini,” kata jurucakap, Harli Siregar pada 26 Februari.