Nama Sofyank bukanlah satu nama asing lagi dalam industri pencipta kandungan digital dengan video-videonya yang memukau secara visual serta menggabungkan penceritaan dengan kesan khas.
Walaupun orang ramai merasakan apa yang dibuatnya sangat luar biasa, namun bagi Sofyank, ia bukanlah tahap yang membanggakannya seperti filem-filem Hollywood.
Baca Juga:
- Komen Ringkas Cetus Impian Baru, Zach King Mahu Bikin Filem Dengan Sofyank
- ‘Nice Try’ – Sofyank Perli Cubaan Media Israel Burukkan Hamas Dengan Gambar Dijana Menerusi AI
- ‘Impian Nak Shoot Bersama Tercapai’ – Sofyank Kongsi Projek Kolaborasinya Bersama Beto Dan Soloz
Menjawab persoalan ditanyakan oleh seorang pengguna X.com, Sofyank mengakui kos teknologi dan kemampuan skil diri sendiri menjadi penghalang utama.
Yupp betul tu. Sy boleh katakan kedua2 skali menjadi faktor yg menghalang, tetapi tidak membuatkannya mustahil, insyaAllah doakan suatu hari nanti semua dipermudahkan 🙋🏻♂️. Selain itu masa juga main peranan penting sbb bila main dgn cgi, selain modelling dan animation, rendering…
— sofyank96 (@sofyank96) April 13, 2025
“Namun kedua-dua penghalang itu bukanlah membuatkannya mustahil. Insha Allah doakan suata hari nanti semua dipermudahkan,” ujar Sofyank.
Tambahnya lagi, masa juga memainkan peranan penting. Ini kerana apabila bermain dengan kesan visual efek CGI, selain membuat model dan animasi, proses penjanaan imej banyak menelan masa yang agak lama.