Sewaktu berlakunya bencana banjir ini, ramai mangsa yang terjejas mengalami masalah akses internet yang baik sekaligus sukar memperolehi maklumat terkini serta berhubung dengan keluarga yang tersayang.
Oleh itu, Menteri Komunikasi dan Digital kini meminta pihak SKMM untuk berhubung dengan pihak telekomunikasi bagi mengaktifkan WiFi di Pusat Pemindahan Sementara di negeri-negeri yang terkesan.
Baca Juga:
- Netizen Mahu Buat Solat Hajat, Cari MB Yang Dilaporkan Hilang Sejak Terengganu Dilanda Banjir
- Pernah Tular Perlekeh Warga Langkawi, Usahawan Gelabah Kereta Lamborghini Dinaiki Air Banjir
Dengan langkah ini, ia akan membolehkan mangsa banjir yang berlindung di PPS berkaitan memperoleh kemudahan akses telekomunikasi dan internet yang baik. Buat masa ini, beberapa PPS telah pun dalam proses untuk pengaktifan WiFi.
YB Fahmi Fadzil turut memaklumkan sekiranya pengamal media yang melakukan liputan di kawasan terlibat banjir terutamanya di PPS mengalami masalah capaian internet, boleh terus berhubung dengan pihak Kementerian untuk tindakan selanjutnya.
Untuk makluman, kelengkapan untuknya sudah sedia pada PPS, dan syarikat telekomunikasi dihubungi dalam mengaktifkan dan menyediakan talian di PPS berkaitan. Selain itu, jumlah mangsa banjir di sesetengah negeri kian meningkat sekaligus akses internet yang baik menjadi satu keperluan di lokasi PPS terbabit.