Menyebut tentang teknologi sesebuah smartphone keluaran 2017, sudah pastinya teknologi dwi kamera antara yang menjadi spesifikasi utama. Mula hadir pada smartphone flagship dan berteknologi tinggi sahaja, spesifikasi ini nampaknya mula menerjah kepada segmen pertengahan dan kini ditawarkan dengan harga terendah melalui jenama ZTE.

img-8278e-1

Mungkin agak tidak realistik untuk difikirkan namun ZTE berjaya mengeluarkan smartphone dwi-lensa dengan harga penawaran serendah $130 (~RM558) sahaja. Tidak cukup sekadar kamera yang canggih, ZTE Blade Z Max turut hadir dengan skrin gergasi bersaiz 6-inci.

Disebalik harga yang rendah, kamera yang canggih serta skrin yang besar sudah pastinya ZTE Blade Z Max hadir dengan sedikit kekurangan. Jenama ini memilih untuk menyertakan spesifikasi yang agak rendah dengan penggunaan Snapdragon MSM8940 dan RAM 2 GB sahaja. Spesifikasi yang agak mundur untuk kegunaan masa kini.

img-8200e-1

Walaubagaimanapun, penyediaan bateri yang berkapasiti 4,080 mAh dan pengimbas cap jari mungkin dapat membuatkan orang ramai tidak kurang kisah dengan kelajuan smartphone ini.

Berdasarkan review awal, dikatakan ZTE Blade Z Max berjaya untuk menawarkan apa yang pelanggan mahu dapatkan pada kamera dwi-lensa meskipun gagal untuk menandingi smartphone yang jauh lebih mahal.

Adakah berbaloi untuk mendapatkan ZTE Blade Z Max?

img-8245e-1

img-8260e-1 (1)

Pada pendapat kami dengan harga penawaran yang ditawarkan smartphone ini ternyata berbaloi buat sesetengah individu meskipun terdapat sedikit kekurangan dibahagian spesifikasi. Smartphone ini sudah pastinya memfokuskan kepada pengguna yang lebih mementingkan kualiti kamera dan skrin yang besar berbanding spesifikasi.

ZTE Blade Z Max bakal mula dijual tidak lama lagi dengan harga penjualan sekitar $130 (~RM558) sahaja.

Sumber