Sering kali kita mendengar kemalangan melibatkan penunggang motosikal. Tidak hanya berlaku di jalan raya, malah di trek perlumbaan turut berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Hal ini membuatkan Berjaya Sompo Insurance Berhad tampil dengan inisiatif dengan melancarkan kempen ‘Ride Safe Bersama Berjaya Sompo Insurance’

Kempen ini juga menampilkan Yulina, pelumba motosikal yang berkongsi perjalanan beliau ke arah menjadi seorang pelumba sambil memberi penekanan tentang pentingnya menunggang secara selamat dan bertanggungjawab.

Kempen ini bertujuan menunjukkan contoh positif kepada penggemar aktiviti lumba haram dengan menggalakkan tingkah laku bertanggungjawab di atas dan luar jalan raya.

Selain itu, kempen ini juga adalah sebahagian daripada kerjasama antara Berjaya Sompo dan Yamaha Racing Team sebagai penaja utama ‘Sompo Yamaha Y16ZR Race Masterclass’ di Kejuaraan Superbike Malaysia 2023 (MSBK) dan penaja rasmi AEON Credit Service Yamaha 135LC Tekhne Challenge di Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia 2023 (MCP).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo, Encik Tan Sek Kee, tumpuan Berjaya Sompo adalah untuk menggalakkan individu memilih tempat yang betul iaitu litar lumba, untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo, Encik Tan Sek Kee

“Difahamkan di Malaysia, motosikal merupakan kaedah pengangkutan yang popular, namun jumlah kematian serta kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal amat membimbangkan dan perlu ditangani secara berkesan.

Oleh itu, mereka komited untuk memupuk budaya kecemerlangan, keselamatan dan tanggungjawab dalam komuniti penunggang motosikal. Dengan melengkapkan penunggang dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan, kami percaya bahawa ini dapat mengurangkan kemalangan dengan ketara sambil menyumbang kepada persekitaran jalan raya yang lebih selamat”, ulas Tan Sek Kee.

Kemuncak kempen ‘Ride Safe Bersama Berjaya Sompo Insurance’ ialah peraduan Snap & Menang yang menjemput peminat motosikal untuk menyertai kempen dan peka untuk melakukan perubahan.

Berlangsung dari 8 Ogos hingga 8 September 2023, para peserta perlu mengambil gambar dengan motosikal, topi keledar dan peralatan keselamatan mereka dengan cara yang paling bergaya.

Untuk menyertai peraduan, peserta harus berkongsi gambar mereka bersama dengan kapsyen yang menerangkan mengapa insurans dan amalan menunggang yang selamat amat penting untuk setiap penunggang.

Para pencinta dua roda hanya perlu ikuti lima langkah mudah sahaja untuk berpeluang memenangi eksklusif daripada Berjaya Sompo ini. Berikut merupakan cara-caranya:

1. Like & Follow akaun media sosial @berjayasompoinsurance di Instagram dan juga Facebook ketika peraduan berlangsung.

2. Kongsikan hantaran peraduan (contest post) di ruangan Facebook anda.

3. Ambil gambar paling bergaya bersama motosikal, topi keledar dan peralatan keselamatan anda dengan gaya selamat dan kreatif.

4. Muat naik gambar di ruangan komen hantaran peraduan berserta tanda pagar #BerjayaSompoInsurance #RideSafe #MotorcycleInsurance. Kemudian, kongsikan kepentingan menunggang motosikal secara selamat dan keperluan insurans motosikal kepada anda. Anda dibenarkan berkongsi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan tidak melebihi daripada 50 patah perkataan serta mengakhiri dengan “Ride Safe dengan Berjaya Sompo Insurance”.

5. Jangan lupa untuk ‘tag’ 2 orang kawan anda di Facebook!

Penyertaan paling menarik dan kreatif akan memenangi hadiah, termasuk topi keledar muka penuh, cenderamata eksklusif dan dua pas ‘paddock’ untuk Kejuaraan Superbike Malaysia 2023 (MSBK) atau Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia 2023 (MCP).

Peraduan ini juga memberi peluang kepada para penunggang untuk mempamerkan gaya mereka disamping meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan menunggang motosikal di jalan raya.

Untuk memberikan ketenangan minda serta perlindungan jika berlaku keadaan yang tidak dijangka, Berjaya Sompo menawarkan perlindungan komprehensif dan pihak ketiga terhadap kerugian dan kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan kepada pemegang polisi insurans SOMPO Motorcycle.

Selain itu, Insurans SOMPO Motorcycle termasuk perlindungan kemalangan diri sebanyak RM5,000 (kematian atau hilang upaya kekal) dan elaun perkabungan sebanyak RM500 (untuk tuntutan kematian sahaja) tanpa sebarang caj tambahan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen, butiran peraduan dan Insurans SOMPO Motorcycle, layari laman rasmi Berjaya Sompo dengan klik di sini.

Berjaya meraih kepercayaan ramai sepanjang 80 tahun

Mengulas mengenai Berjaya Sompo Insurance Berhad, jenama ini merupakan sebuah entiti yang beroperasi di Malaysia dan sebahagian daripada Kumpulan Sompo.

MELALUI KEPERCAYAAN DAN SOKONGAN PELANGGAN YANG BERTERUSAN, jenama kekal releven dalam pasaran selama 80 tahun di Asia DAN merentasi 13 pasaran di rantau ini, SEKALIGUS telah mengukuhkan Berjaya Sompo sebagai ANTARA peneraju dalam insurans am di Malaysia.

Setakat ini Berjaya Sompo sudah berjaya berkembang meliputi 16 CAWANGAN DENGAN 2,614 ejen di seluruh negara. Berjaya Sompo AKAN TERUS KOMITED UNTUK menyediakan rangkaian komprehensif penyelesaian insurans am untuk individu dan syarikat.