Filem Snow White versi woke jelas sekali membuatkannya tidak mendapat sambutan di beberapa panggung di beberapa bandar utama pada minggu pembukaan.
Sebelum ini Disney menerima kecaman kerana menukar perwatakan Snow White yang sejak dahulu terkenal sebagai watak dongeng dengan kulit seputih salju.
Namun Disney menggunakan Snow White sebagai medan agenda woke dengan menerbitkan Snow White versi kulit hitam.
Jelas ianya kurang mendapat sambutan daripada ramai pihak termasuk mereka yang berkulit hitam sendiri tidak selesa dengan agenda woke ini.
Snow White versi woke tak laku
Seorang pengguna X terkejut kerana jarang filem terbitan Disney panggung kosong kerana tiada sambutan untuk 2 hari pembukaan berturut turut.
And for Saturday night? ZERO.
I've never seen a major movie from Disney have this little interest opening weekend. This is hilariously abysmal. pic.twitter.com/PyF4w22blL
— Kangmin Lee | 이강민 (@kangminjlee) March 21, 2025
Netizen lain turut berkongsi perkara yang sama di tempat mereka.
“Jika kamu tak tergelak, memang sedihlah,” tulis Cayley yang menunjukkan langsung tiada tempahan tiket di panggung wayang tempatnya.
Erin berkongsi sambutan di tempatnya, mujur ada beberapa orang datang menonton. Namun sambutannya masih dianggap sangat hambar untuk sebuah karya Disney.
“Ini panggung wayang di tempat kami. Yang bertanda X adalah yang sudah ditempah. Dan X dikelilingi kerusi kosong,” tulis Erin.
Seorang lagi pengguna X menunjukkan sambutan pada tayangan waktu kemuncak. Dan jelas sekali memang sambutan kurang menggalakkan.
Beberapa akhbar dan majalah utama memberikan ulasan negatif kepada filem ini.
Misalnya, produksi mallas, visual yang teruk.
Kemudian The Times menganggap Disney telah membakul sampahkan reputasi mereka sendiri.
Kemudian Vanity Fair menganggap filem ini sekadar sesuai untuk darama TV.
BBC pula menyatakan bahwa filem Snow White versi woke ini sebagai ada krisis identiti yang serius.
Di ruangan komen, seorang netizen memaparkan klip wawancara pelakon utama yang dianggap telah menjatuhkan sendiri reputasi filem ini.
Rachel Zegler melabel Snow White sebagai manusia pelik kerana jatuh hati dengan lelaki pengintainya / stalker.
The one interview that sunk $300mil pic.twitter.com/9C8ecakLtT
— Tush (@TushSapa) March 22, 2025