Pada tanggal 31 Mac lalu, karya filem animasi Jumbo telah ditayangkan di pawagam Indonesia yang mana berjaya mempamerkan visual 3D yang cukup mengagumkan.

Filem ini menjadikan kebanggaan rakyat Indonesia kerana menjadi satu anjakan paradigma buat mereka melangkah kaki dalam arena filem animasi seperti negara Malaysia.

Menariknya, filem berjaya meraih sejumlah 1 juta penonton dalam masa seminggu sahaja di negara itu dengan anggaran kutipan Rp120 juta bersamaan RM31.2 juta.

Dalam kemeriahan promosi filem Jumbo yang berlanjut ke berminggu-minggu ini juga rupanya mendapat sokongan dari rakyat Malaysia dan juga syarikat animasi terkemuka tempatan iaitu Animonsta Studios.

@animasiajaibb

Saling support sesama animasi😍😍#filmjumbo #donjumbo #filmanimasijumbo #jumbo #jumboanimasilokal #ceritamasakecilmu #tiktoktainment #fypage #xyzabc

♬ Selalu Ada di Nadimu (Original Soundtrack From “JUMBO”) – Prince Poetiray & Quinn Salman

Rakyat Malaysia boleh dilihat menitipkan ucapan tahniah kepada karyawan Indonesia yang berjaya menghasilkan filem animasi bertaraf antarabangsa di samping berminat untuk memberi sokongan dengan menonton filem tersebut jika sudah masuk pasaran kelak.

Sementara syarikat Animonsta Studios pula, giat mempromosikan filem Jumbo yang mana sekaligus menarik perhatian netizen Indonesia dalam masa meluahkan rasa terharu melihat dukungan yang kuat oleh negara jiran terhadap hasil karya mereka.

Sehinggakan diwujudkan satu hashtag khas iaitu #AnimaSEA yang dipercayai sebagai tanda sokongan negara serantau dalam memperkasakan seni kreatif animasi dan menjadi pemain terbesar di peringkat global.

Fakta menarik filem Jumbo

Tahukah anda filem Jumbo ini menghabiskan masa selama 5 tahun dalam proses produksi dan melibatkan lebih dari 400 bakat tempatan sekaligus meletakkan ia sebagai satu karya animasi yang hebat yang pernah dihasilkan setakat ini.

Dengan melibatkan lebih daripada 400 orang animator, filem ini menelan kos produksi yang dianggarkan mencecah puluhan bilion rupiah. Filem animasi bertaraf ini juga perlu mengeluarkan dana untuk teknologi canggih dan proses kreatif yang memerlukan tenaga profesional terbaik.

Berdasarkan anggaran kos yang dijangkakan dalam industri, kos produksi untuk filem animasi Indonesia yang berkualiti tinggi boleh melebihi RM6 juta.