Baru sahaja menawarkan Sony PlayStation ‘Slim’, nampaknya pihak Sony mempunyai sebuah lagi perancangan dalam menawarkan model konsol baharu buat para peminat.

Menurut CNBC, pihak Sony bakal melancarkan PlayStation 5 Pro seawal akhir tahun ini. Difahamkan pelancaran model ini dibuat dengan lebih awal selepas mendapati minat orang ramai dalam mendapatkan konsol semakin menurun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini membuatkan Sony memilih tempoh yang lebih awal dalam melancarkan konsol terbaru mereka. Konsol dengan penawaran prestasi yang lebih hebat ini dijangka bakal meningkatkan peluang orang ramai untuk mendapatkannya.

Untuk pengetahuan, ini merupakan konsol ketiga daripada Sony yang bakal hadir dengan model Pro selepas PlayStation 3 dan PlayStation 4.

Pastinya pihak Sony juga bakal menawarkan seleksi game menarik dalam menarik perhatian ramai mencuba konsol terbaru mereka ini.

Sumber