Gen Z boleh dikatakan sebagai golongan anak muda yang pandai belaka kerana boleh mendapat segala input semudah di hujung jari. Tapi sayang sekali mereka terlalu mengikut perasaan apabila mahu menyelesaikan sesuatu masalah.

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi kisah berkaitan pekerja dari generasi Z yang dikatakan tidak profesional dalam etika bekerja.

Di dalam hantaran di platform Threads, lelaki tersebut mendedahkan sikap anak muda yang dikatakan tidak menghadirkan diri ke tempat kerja sewenang-wenangnya dan enggan menjawab panggilan telefon.

Lebih teruk lagi, apabila pekerja anak muda sedia meletakkan jawatan dengan menghantar mesej di WhatsApp dan dikira sudah tamat tempoh perkhidmatan tanpa sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh syarikat.

Di dalam tangkap layar yang dikongsikan, pekerja gen Z dengan selamba menghantar surat peletakkan jawatan berserta mesej ringkas kepada pihak berkaitan.

“Sorry and bye,” seringkas tiga patah perkataan sahaja sebelum mengundurkan diri dengan notis secara mengejut.

‘Sorry & Bye’ - Cara Gen Z Ini ‘Resign’ Kerja Buat Ramai Bengang
Sumber Gambar: Threads

Perkongsian lelaki tersebut langsung menjadi perhatian netizen malah mencetus kemarahan kerana gen z dilihat tidak beradab kepada majikan apabila sesuka hati meletakkan jawatan serta dengan cara yang tidak profesional.

‘Sorry & Bye’ - Cara Gen Z Ini ‘Resign’ Kerja Buat Ramai Bengang
Sumber Gambar: Threads
Gen z
Sumber Gambar: Threads

Dalam pada itu, ada sebahagian netizen turut berkongsi pernah mengalami senario sebegini dengan pekerja yang datang dari gen Z yang mana sering ‘play victim’ dan terlalu manja sehingga semua kehendaknya perlu dituruti oleh majikan.