Sejak Syamsul Yusof mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar, pelbagai isu dan kontroversi timbul melibatkan pasangan ini. Malah, Syamsul Yusof turut dikaitkan dengan hubungan bersama individu lain.

Ira Kazar yang sebelum ini aktif berkongsi masakan yang dilakukan bersama pengikutnya dilihat sepi seketika sebelum muncul kembali menerusi live yang dilakukan kakaknya.

Bukan itu sahaja, telatahnya sewaktu live telah mendapat perhatian ramai apabila menyebut secara kuat memaklumkan suaminya telah menelefonnya dengan memaklumkan kepada para netizen.

@syuhaila13

Dah lama ira kazar tak muncul 🥹 dulu dia selalu buat content masak ii . #fyp #fypシ゚viral #fypage #foryourpage #irakazar #samsulyusof #masukberandafyp #trendingvideo #viralvideo #tiktok

♬ Glow up – Naickky🌟

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Ira seolah teruja mendapat panggilan serta mengucapkan ‘bye bye’ kepada penonton. Ira Kazar dikatakan seolah sengaja mahu ‘menyindir’ dengan membuktikan kepada orang ramai beliau bersama Syamsul masih bahagia.

“Sorry sorry bye, laki kita call bye. Yanggg, ayangggg.” kendengaran suara Ira Kazar menerusi live.

Tindakan yang dilakukan telah mendapat perhatian para netizen di mana rata-ratanya memaklumkan Ira Kazar seolah mahu menunjukkan beliau bahagia bersama Syamsul.

Tidak kurang juga yang berpendapat telatahnya yang gembira mendapat panggilan seolah sudah Syamsul sudah lama tidak menghubunginya.