Sporting Lisbon dilaporkan menawarkan Gyokeres kepada Real Madrid.

Namun kelab Sepanyol itu dengan pantas menolak cadangan tersebut.

Viktor Gyokeres kini menjadi bintang idaman banyak kelab. Namun begitu Sporting tegas mahu menjual pemain itu dengan harga sekitar hampir €100 juta – pakej keseluruhan termasuk bonus.

Sebelum ini presiden kelab Sporting menafikan sama sekali Viktor Gyokeres ada klausa pelepasan sekitar €65 juta, yang menurut mereka hanya mainan ejen pemain itu.

Sporting menawarkan gyokeres kepada real madrid

Beberapa minggu lalu, Gyokeres akui kecewa dengan Sporting Lisbon yang tidak melayan bidaan Man United atau Arsenal yang mahu membelinya.

Alasan utama kelab menolak tawaran tersebut kerana: “Tidak mungkin kami akan menjual Gyokeres dengan harga €65 juta,” tegas Frederico Varandas – Presiden Sporting – ketika menjawab laporan menyatakan ada pemain yang mengamuk dan mengugut kelab – Lapor Daily Mail.

Dia berkata: “Ancaman, ugutan atau cacian, saya tak lut dengan semua itu. Saya boleh sahkan Gyokeres tak akan dijual dengan bayaran €60M + 10 juta add-ons.

presiden sporting

“Saya tak pernah janjikan perkara itu [klausa pelepasan £60 juta]. Semua ini permainan ejen dia, yang mebuatkan situasi lebih teruk.”

Kini pemain tersebut masih cuba mencari solusi dengan kelab. Kerana sebelum ini dia setuju untuk terus kekal di Sporting walaupun banyak tawaran kelab besar.

Baru tolak Manchester United

Dengan pemain itu dikatakan menolak perpindahan ke Manchester United selepas itu ketika ejennya sedang berunding dengan Arsenal.

Sporting menawarkan Gyokeres kepada Real Madrid

Dan terbaru, Mario Cortegana melaporkan bahawa Sporting Lisbon  ada menghubungi Real Madrid dengan menawarkan Gyokeres kepada mereka.

Malangnya Real Madrid tidak berminat. Dipercayai faktor harga terlalu tinggi menjadi punca Real Madrid enggan melayan tawaran tersebut.

Real Madrid dalam beberapa tahun ini banyak fokus kepada penandatanganan secara percuma. Misalnya Kylian Mbappe, David Alaba, dan  terbaru Trent Alexander Arnold.

Real Madrid  juga dikaitkan dengan Gianluigi Donnarumma yang masih belum melanjutkan kontraknya bersama PSG.