Selain nasi, roti juga merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Lagi-lagi saat Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pastinya ramai di rumah asyik ingin makan sahaja dan cuba resipi berbeza setiap hari.

Berikutan itu, roti habis terjual hampir di semua kedai dan pasaraya sehingga menyebabkan netizen tercari-cari kedai yang memiliki stok jual roti terutama sekali roti berjenama Gardenia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

ETyggc6UEAEoqQA

Menurut satu kenyataan, syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd iaitu pengeluar roti Gardenia di Malaysia telah maklumkan bahawa tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran.

Difahamkan, pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia kini telah sampai ke tahap maksimum. Malah, pihak Gardenia tidak dapat menambah bekalan produk di pasaran tetapi masih akan terus menghasilkan roti dan produk-produk lain setiap hari.

Terkini, pihak Gardenia mengatakan bahawa pengeluaran produknya akan dilakukan seperti biasa. Malah, syarikat tersebut akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan pengguna.

Sebut tentang roti, tahukah anda bahawa seorang pengguna Twitter telah mencipta fenomena roti coklat, myNEWS namakan roti tersebut sempena namanya.

Cipta Fenomena Roti Coklat, myNEWS Namakan Roti Samad Sempena Lelaki Ini

Ini Resipi Ringkas Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim Yang Anda Boleh Cuba

Resipi Mudah Buat Pizza Daripada Roti Gardenia

Sumber