Sebagai orang dewasa dan lelaki yang meminati superhero Batman, kami sangat cemburu dengan rekaan Tumbler Batmobile stroller untuk bayi ini yang diinspirasikan daripada trilogi Dark Knight Christopher Nolan.

Ibu bapa yang perlu mengurus anak-anak kecil mereka pasti sedikit kecewa kerana stroller Batmobile ini tidak boleh dilipat dan mustahil untuk muat dalam bonet kereta. Tapi, ia tidak menjadikan rekaan ini kurang menyengat. Tambahan, siapa yang tidak sanggup turunkan tempat duduk belakang untuk memasukkan stroller ini dan menolak stroller awesome ini di sekitar kompleks membeli-belah pada waktu petang?