Ada berita baik buat rakyat Malaysia dan mereka yang layak mendapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi STR Fasa 1.
Ini kerana pembayaran fasa 1 untuk STR akan mulai dibayar pada Rabu, 22 Januari 2025.
Menurut sumber Sinar Harian, STR fasa 1 itu akan dinikmati oleh hampir 9 juta penerima.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah bantuan berkenaan telah meningkat menjadi RM2.3 billion berbanding RM2.1 billion tahun lalu.
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori STR penerima.
Anwar juga memberitahu bahawa STR Fasa 1 ini jauh melangkau kadar inflasi negara. Bukti bahawa kerajaan benar benar komited dalam membantu kebajikan sebahagian besar rakyat di kala berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.
Dipetik dari sumber Sinar Harian, Anwar menyatakan: “Kerajaan telah melonjakkan kadar maksimum isi rumah kepada RM4,600 tahun ini dengan kenaikan hampir 25 peratus berbanding RM3,700 tahun lalu.
“Kadar minimum golongan bujang juga meningkat kepada RM600 daripada RM500 tahun lalu dengan kenaikan sebanyak 20 peratus.”
Selaon STR, terdapat juga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah tanggungan kerajaan. Dan beliau berharap ianya akan terus membantu rakyat menikmati kehidupan lebih baik dalam situasi ekonomi yang mencabar pada hari ini.
Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa permohonan STR itu terbuka sepanjang tahun dan boleh dibuat di portaln rasmi di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.