Untuk menjadikan sambutan hari lahir lebih bermakna dan diingati, selalunya keluarga atau kenalan terdekat akan membuat kejutan dalam pelbagai cara.

Namun, tular seorang individu bernama @omggarage yang memuat naik video memperlihatkan sebuah keluarga membuat kejutan untuk sambutan hari lahir dengan cara yang kontroversi.

Menerusi video tersebut, seorang isteri kelihatan terburu-buru mencari suaminya selepas dikongsikan gambar yang didakwa membawa balik pulang wanita muda ke rumahnya.

Sebaik tiba di rumah, wanita itu langsung meluru ke arah bilik yang terletak di belakang sekali dengan keadaan amarah yang membuak-buak.

Bilik yang dalam kegelapan itu kemudian  dicerahi dengan cahaya lilin yang dipercayai sebagai satu kejutan untuk sambutan hari jadinya.

Wanita itu bagaimanapun masih sangsi dan bengang dengan situasi tersebut dan tidak mengganggap ia sebagai prank semata-mata.

Setelah ditenangkan, barulah dia memotong kek dan berpelukan dengan suaminya sambil menangis.

@omgarage_jb

#suamikantoi #suamicurang #prank #pranks #lyricsprank

♬ RINDU HATIKU RINDU_DJ ALMIRA BERTO – Funkot Music

Tindakan suami bersama ahli keluarga yang turut serta dalam ‘prank’ itu telah mengundang kecaman netizen yang mana berpendapat tindakan sebegini tidak rasional kerana bakal memberi trauma kepada emosi dan mengguris perasaan individu lain.

Hari lahir
Sumber Gambar: TikTok
Hari lahir
Sumber Gambar: TikTok

Ramai juga menyatakan alangkah lebih baiknya kejutan dibuat dengan idea yang lebih kreatif dan berhemat sekaligus menjadikan kejutan yang bermakna dalam kehidupan seseorang.