Pada hari ini, seseorang yang berlatar belakangan agama sekalipun boleh jadi pemangsa seksual di luar sana.

Terbaharu, kecoh di media sosial berhubung seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang yang dipercayai berprofesion ustaz.

Perkara ini telah didedahkan oleh influencer terkenal iaitu Caprice menerusi laman Instargram yang mana menerima mesej dari lelaki yang mendakwa isterinya menerima mesej lucah dan menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang ustaz.

“Salam bro, minta tolong. Isteri saya kena gangguan seksual seorang lelaki yang dianggap ustaz. Isteri saya seorang niqabis (wanita berniqab) yang menjual niqab secara live di TikTok.

“Live description dah mention awal-awal ajnabi (bukan mahram) dilarang masuk.
Tetapi lelaki itu DM (mesej) isteri saya di
TikTok. Nombor WhatsApp ada dekat bio
TikTok dan Facebook.

“Dia hantar gambar dia sedang beronani sambil zikir (sebut) nama isteri saya, sambil melihat video isteri saya tengah live menjual niqab,” demikian mesej yang ditulis oleh individu berkenaan, sebagaimana perkongsian di Instagram Caprice.

Di dalam mesej yang sama, individu berkenaan mendakwa ‘ustaz’ terbabit telah memghantar 11 video tidak senonoh kepada isterinya menerusi pelbagai platform.

“Bukan satu video bro. Dua video dekat WhatsApp, enam video dekat Facebook dan tiga video dekat TikTok.

“Trace punya trace, rupanya dia ni seorang ustaz. Dan isteri saya bukan orang pertama jadi mangsa dia. Dia attack semua niqabis,” tulis individu berkenaan lagi.

Untuk mengukuhkan lagi hujahnya, individu berkenaan turut berkongsi video yang diterima isterinya kepada Caprice, memaparkan perlakuan tidak senonoh ustaz berkenaan.

Demi keadilan, Caprice memberi jaminan untuk membawa kes tersebut kepada pihak berkuasa.

Difahamkan dia sudah menemui maklumat pelaku yang menghantar video lucah tersebut yang mana nombornya sama dengan poster umrah serta imej lelaki terbabit.

Hantara Caprice sememangnya menarik perhatian ramai dan majoritinya merasa keji dengan perlakuan individu bergelar ustaz yang sanggup berbuat sedemikian terhadap wanita lain.