Indonesia sudah menjadi satu destinasi wajib untuk rakyat Malaysia datang bercuti kerana terdapat pelbagai tempat menarik serta menikmati keenakan masakan Nusantara.

Walaupun negaranya memiliki jumlah muslim terbesar di dunia, tetap masih wujud berkaitan isu restoran yang menyediakan makanan itu adakah benar-benar halal atau tidak susulan ada sahaja pengusaha yang menawarkan makanan bercampur bahan yang haram.

Baru-baru ini, sebuah restoran ayam goreng terkenal di Indonesia iaitu Ayam Goreng Winduran menjadi sensasi selepas mendedahkan menu jualannya adalah tidak halal kerana telah menggunakan minyak babi.

ayam goreng
Sumber Gambar: Google Review

Ranto, yang ditemui di warung makan, mengatakan pihak pengurusan sudah dengan tegas menekankan mana saja menu yang halal dan tidak halal untuk disampaikan kepada pelanggan. Hal tersebut sudah dilakukan dan bahkan tercantum dalam menu.

Menu yang tidak halal adalah kremesan yang dibalutkan ke ayam goreng khas rumah makannya. Ayam goreng yang disajikan dengan kremesan tersebut digoreng menggunakan minyak babi lapor CNN Indonesia.

“Sudah diberi penjelasan kalau ia bukan halal. Sudah diberi cadangan yang bukan halal. Yang viral (bukan halal) itu adalah kremesnya,” kata Ranto pada Sabtu (24/5).

Pihak pengurusan menekankan bahawa sejak awal lagi mereka sudah meletakkan keterangan tidak halal di semua cawangan restoran mereka.

ayam goreng
Sumber Gambar: Tribun

“Kami telah meletakkan keterangan Non Halal dengan jelas di seluruh cawangan dan media sosial rasmi kami,” tulis pihak pengurusan.

Ketua Jabatan Perdagangan Solo, Agus Santoso, turut bersuara dan menyatakan pasukannya akan terus turun padang untuk melakukan pemeriksaan di rumah makan tersebut.

“Semalam kami sudah bermesyuarat dengan beberapa Jabatan Kerajaan Negeri (OPD), rancangannya hari Selasa kita akan periksa lokasi. Ini kerana kalau dari Jabatan Pertanian ia berkaitan dengan bahan mentah, manakala untuk makanan yang sudah dimasak, ia adalah urusan Jabatan Kesihatan Daerah (DKK) bersama dengan BPOM,” kata Agus.

Sebelum ini, tular di platform X yang mana sebuah akaun mengakui terkejut selepas menyedari bahawa ayam goreng yang dimasak di situ tidak halal padahal boleh dikatakan majoriti pelanggan adalah orang beragama Islam.

ayam goreng
Sumber Gambar: Google Review

Meskipun sudah dikenali sebagai kulinari lagenda yang bertapak sejak tahun 1975, baru pada saat ini terbongkar akan tentang penawaran juadah terkenal itu yang mengandung kremesan yang dimasak menggunakan minyak babi.

Malah, sebahagian pelanggan mengakui pernah makan di situ namun tidak mempunyai informasi terbabit. Apatah lagi restoran Ayam Goreng Winduran itu cukup terkenal dengan menu ayam gorengnya sehingga banyak pelanggan datang berkunjung dengan menyangka restoran itu adalah halal.

Ramai tak puas hati

Tindakan restoran yang cuba menyembunyikan status halal itu sehinggalah ia baru terbongkar langsung menjadi pertikaian kerana sudah mengelirukan sejumlah orang Muslim di negara itu.

Susulan itu, pihak Ayam Goreng Winduran akhirnya meletakkan status  “non-halal” di bio Instagram dan Google Review bagi menghindari salah faham selepas ini.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu lebih berwaspada sebelum mengunjungi restoran terkenal di sana terutamanya bila tidak mempunyai status halal meskipun menu tampak selamat untuk dimakan.