Jika rakan anda terjatuh atau berlaku sesuatu yang lucu, adakah anda akan automatik gelak terlebih dahulu sebelum menghulurkan bantuan, bukan? Itulah apa yang berlaku kepada seorang gadis ditimpa satu kemalangan yang kelihatan lucu tapi sebenarnya berbahaya juga.
Sejak semalam, tular sebuah video TikTok yang dikongsi kembali beberapa pengguna media sosial lain yang menunjukkan seorang gadis terjatuh akibat tersadung wayar kipas.
Baca Juga:
- ‘Jatuh Pun Sopan’ – Netizen Terhibur Dengan Telatah Wanita Ini Yang Tergelincir Membawa Makanan
- Letak Kriteria Perlu MUET Band 4, Iklan Cari Jodoh Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen
- Sebulan Terjatuh Dalam Gaung, Lelaki Ini Berjaya ‘Search And Rescue’ iPhone Di Genting Highlands
SIS R U OKE pic.twitter.com/heLHv8Z0Qe
— Cringe Malaysian🇲🇾 (@cringemalaysian) November 2, 2022
Apa yang menjadi bualan ramai adalah gadis yang tersadung wayar kipas itu dihempap oleh kipas berdiri. Menerusi video terbabit, rakannya yang merakam aksi itu bertindak ketawa dahulu sebelum rakannya yang lain membantu gadis yang jatuh itu.
Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur serta kasihan terhadap gadis itu. Malah, ada juga netizen yang beranggapan mungkin mereka sedang merakam video untuk tugasan belajar tetapi tiba-tiba berlaku kejadian tidak diingini seperti itu.
Ouch! Pity the lady. Do you know how heavy is that fan? It’s really heavy! I have one at work, god, never knew this girl face it head on! Gosh! https://t.co/1TuZ4xeQP2
— 𝔣𝔲𝔦 𝔣𝔞 (@netster23) November 2, 2022
Sudah la jatuh, ditimpa kipas pula https://t.co/dKajdzAIdu
— نوءمان 🇲🇾 (@nmn_hzq) November 2, 2022
Final destination https://t.co/PK6AlTxaso
— Zic (@zicMMA) November 2, 2022
i laughed but THANKFULLY the fan wasnt turned on. did u see how easily that cover came off? sis wouldve been SHREDDED……. https://t.co/MskVLPDC9m
— Hey :P (@WhuDis1234) November 2, 2022
Tidak hanya itu, ada juga yang tertanya-tanya keadaan gadis tersebut sama ada baik-baik sahaja selepas terhempap kipas terbabit dan bersyukur kipas itu bukan dalam keadaan dibuka.