Pada saban hari, boleh lihat sejumlah video yang dimuat naik oleh rider yang menayang pendapatan harian mereka yang lumayan di media sosial.
Boleh dikatakan sebahagian rider mahu flex pendapatan seharian mereka kerana percaya dengan kerja sendiri sahaja mampu meraih pendapatan lumayan di dalam beberapa jam berbanding seseorang yang bekerja pejabat.
Bagaimanapun, seorang netizen berkongsi pendapat peribadinya jika kalau perbuatan itu bakal membahayakan diri rider sendiri yang mana kini menjadi sasaran penjenayah.
“5 hari lepas ada satu video rider bebal lepak di bus stop bangi gi share income kali 3 x pulang bagai. Sekarang ada kes samun area bangi. Tahniah rider bebal tu,” tulisnya dengan nada sinis di dalam grup GrabFood Rider Malaysia.
Rider nyaris disamun di Bangi
Dia turut berkongsi laporan pada hari semalam yang berkisarkan seorang penghantar makanan yang nyaris menjadi mangsa samun di jalan UKM Bangi.
Kami turut lampirkan beberapa video yang memaparkan pendapatan lumayan yang diraih sebahagian rider di luar sana.
@grabdriver_jb 1 hari je 28 jobs dpt RM655.90😱klau bawa grab guna ilmu insyaallah hasil mcm abg ni padu x😁Alhamdulillah rezeki abg cam gini👍 la…#grabcar #daftargrab #grabdriver #parttime #grabjb #grabmalaysia #grabklangvalley #padu #taksukatakpayahtengok
@dzcarrental Membalas kepada @Seamonkey “Tak kaya,tapi syukur dengan rezeki yang ada”😊 #janapendapatanehailing #ehailingdriver #ehailing #keretasewaehailing #keretasewa #keretasewakl #grab #grabdriver #keretsewagrab #grabdrivers
@fiqriexazizi tak mampu nak bersaing😌 #fyp #fypp #grabfood #ridergrabfood #grabfoodmalaysia #lc135 #lc135malaysia #lc135vietnam #fypp #cedok
Susulan itu, perkara ini menjadi perbualan hangat di kalangan netizen dan masing-masing memberikan pendapat dalam perihal tersebut.
“Kan dah pesan dah, jangan tayang gaji sebab boleh tarik perhatian penyamun.
“Naya, padehal hari isnin je tayang 500++ dah penyamun igt hari² rider dapat mcm tu. Padahal sehari nk dpt 100 pn sakit. Geng Tayang Income berbangga² taruhannye nyawa rakan sesama rider.
“Ini bukan kes pertama rider kena samun la, polis sendiri bagi amaran dengan saya, rider memang kena target.
“Bila up income harian banyak kat medsos, penyamun akan mula target rider sebab dia akan anggap rider banyak duit walaupun realitinya rider struggle nak dpt duit.
“Rider kan hari2 hantar makanan risiko nak kena target dengan penyamun tu mudah..orang lain tayang income pastu rider lain jadi mangsa,faham tak situasi dia..rider dah jadi target penyamun sebab kan hari2 tayang income ribu2,” demikian komentar yang ditinggalkan oleh netizen berhubung tayang pendapatan harian oleh rider hanya menjadikan mereka sebagai sasaran utama oleh penyamun.