Tembok Besar China nyata sukar untuk dirobohkan oleh beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila tumbang kepada pilihan utama, Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi terakhir kumpulan di Sukan Olimpik Paris 2024 awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan pemenang gangsa di Olimpik Tokyo 2020 meraih naib juara Kumpulan A selepas tewas 22-24, 14-21 kepada pasangan nombor satu dunia tersebut.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Kemaskini Peringkat Kumpulan #SukanOlimpik #Paris2024
Beregu Lelaki | Kumpulan AGandingan #BadmintonMalaysia 🇲🇾 Aaron Chia/Soh Wooi Yik terpaksa berpuas hati sebagai Naib Juara Kumpulan A selepas tunduk kepada Pilihan Utama dari 🇨🇳.
Di Suku Akhir, ChiaSoh akan bertemu samada… pic.twitter.com/4woZy5TWwc
— ShuttleHard (@ShuttleHard) July 29, 2024
Beregu China terbabit mempamerkan aksi lebih menyakinkan dengan mengawal gelanggang dan langsung tidak memberi peluang kepada beregu negara untuk menyerang.
Ketika set pertama, Aaron-Wooi Yik ketinggalan 15-20 namun mempamerkan kebangkitan luar biasa sehingga berjaya mengikat pasangan China itu 20-20 sebelum terpaksa akur tumpas 22-24.
Bersambung set kedua pula menyaksikan Aaron-Wooi yang berada di ranking kelima dunia gagal mengekalkan rentak cemerlang pada awal permainan apabila sering melakukan kesilapan mudah hingga memberi kemenangan kepada lawan 14-21.
Walaupun pasangan negara itu tewas kepada wakil China namun mereka sudah layak untuk beraksi di pentas suku akhir.
Berdasarkan rekod, kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik kini tewas tiga perlawanan dalam sembilan pertemuan dengan wakil China berkenaan.
Di Suku Akhir, beregu negara ini akan bertemu samada Juara Kumpulan B, C atau D selepas undian semula nanti.