Seorang warga Indonesia baru-baru ini meluahkan rasa kagumnya terhadap pembangunan pesat di Malaysia, dan secara terang-terangan menggesa rakan senegaranya untuk mengikuti jejak kejayaan negara jiran ini.

Di dalam hantaran video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @citrajayasatria, seorang warga Indonesia meluahkan rasa kagumnya sewaktu melawat kompleks pentadbiran Putrajaya, sambil berkongsi pandangannya mengenai infrastruktur Malaysia yang bersih dan teratur.

Individu tersebut dalam videonya terlihat berjalan-jalan di sekitar Putrajaya, menonjolkan bagaimana kawasan pentadbiran ini diuruskan dengan rapi. “Sungguh bersih dan teratur!” katanya berulang kali, sambil memuji keindahan lanskap, kebersihan jalan raya, dan susun atur bangunan yang tersusun kemas.

Dia turut menyentuh aspek kemudahan awam dan sistem pengangkutan yang efisien, yang menurutnya sangat memudahkan pergerakan.

maju
Sumber Gambar: TikTo

Dalam pada itu, dia juga membuat perbezaan keadaan ruangan parkir di Malaysia dan Indonesia. Di sini, kereta dan motosikal boleh menikmati parkir secara percuma, dan masih semua pemilik boleh meletakkan kenderaan dalam keadaan tersusun dan tidak perlu risau akan isu kecurian.

Lelaki tersebut menjelaskan bahawa ramai rakan senegaranya di Indonesia hidup dalam ketakutan yang berpanjangan akibat kadar jenayah yang tinggi, terutamanya pada waktu malam.

Menurutnya, kes-kes seperti kecurian, penagihan dadah, dan geng jalanan adalah masalah biasa yang sering berlaku di beberapa kawasan di negara itu.

Kenyataan ini menyoroti cabaran keselamatan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat Indonesia, di mana rasa tidak selamat boleh menghalang aktiviti harian dan kualiti hidup.

Keadaan ini sering kali mendorong mereka yang terkesan untuk mencari persekitaran yang lebih selamat dan teratur, seperti yang mungkin mereka lihat di negara jiran.

Pernyataan ini mencerminkan persepsi positif sesetengah pihak terhadap kemajuan Malaysia, yang sering dilihat sebagai contoh pembangunan serantau. Ia juga menonjolkan kepentingan persaingan sihat dan perkongsian ilmu antara negara-negara jiran untuk mencapai kemajuan bersama.

@

♬ –

Menjengah ke ruangan komentar, ada yang membahaskan sebab mengapa negara Indonesia masih terkebelakang sementara memuji akan perkongsian lelaki itu yang telus walaupun realitinya pahit untuk ditelan oleh sesetengah rakan senegaranya.

“Sistem sekolahnya dibetulkan mass baru generasinya bagus dan berdisiplin..mentaliti nya harus diubah baru negaranya aman,” kata pengguna akulaliza0809.

“Abang org baik moga negara indonesia menjadi negara maju suatu hri nanti insaalah ammin,” komen Cik delima.

“Abang lulus utk terus kerja Di Malaysia.. mentaliti begini yg rakyat Indonesia perlukan. semoga ada perubahan yg baik buat Indonesia,” ujar r_zaddd86.

Ada yang percaya disebabkan kelemahan kerajaan dan juga gejala korupsi yang melampau turut menjadi punca mengapa Indonesia masih gagal menjadi negara maju yang diimpikan selama ini.