Langkawi berisiko menjadi “bandar hantu” jika tiada tindakan lanjut dan drastik dari Putrajaya bagi memulihkan masalah kekurangan pelancong di sana, kata Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) kepada Malay Mail.

LTA berkata sektor ekonomi di pulau itu sangat bergantung kepada pelancongan, dan kini ia terjejas teruk disebabkan penurunan pelancong domestik.

Baca Juga:

“Langkawi akan menjadi ‘bandar hantu’ sekali lagi seperti ketika wabak Covid-19. Isu utama di sini ialah tiada promosi khusus untuk menjadikan Langkawi kembali bertenaga.

“Jadi sekarang Langkawi telah kehilangan daya tarikannya walaupun untuk pelancong domestik,” kata ketua eksekutif LTA Zainuddin Kadir kepada akhbar itu.

LTA berharap kerajaan negeri dan persekutuan dapat berbincang dan mencari jalan penyelesaian demi memulihkan Langkawi yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara, katanya.

Kumpulan itu mendedahkan bahawa tempahan hotel untuk cuti Deepavali akan datang mencecah rekod terendah dengan hotel yang diberi penarafan tiga bintang dan ke atas hanya 10 peratus yang ditempah dan 58 peratus daripada mereka menjangkakan kerugian.

LTA juga berkata pada Oktober, 31 daripada 163 pertubuhan makanan dan minuman yang berdaftar dengannya menutup operasi mereka, manakala syarikat penyewaan kereta telah menjual aset mereka.

Zainuddin berkata restoran, misalnya, banyak bergantung kepada orang luar kerana penduduk tempatan jarang makan di luar.

“Mereka tidak mampu menanggung hutang dengan bank. Pengusaha makanan dan perniagaan kereta sewa paling terjejas sekarang. Mereka terpaksa menyerahkan diri kepada bank.

“Ia akan meningkat lebih banyak sekiranya tiada langkah proaktif diambil oleh pihak terbabit,” katanya dilaporkan berkata.

Sumber