Seorang yang terselamat daripada nahas pesawat Air India AI 171 baru baru ini menceritakan detik cemas dan kisah bagaimana dia boleh terselamat.

Dunia digemparkan dengan berita pesawat Air India Flight AI 171, pesawat jenis Boeing 787‑8 Dreamliner, terhempas di Ahmedabad, India, pada 12 Jun 2025 sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel menuju ke London Gatwick.

Dianggarkan terdapat 242 orang di dalamnya — 230 penumpang dan 12 kru. Tragedi ini mengorbankan lebih 240 jiwa, termasuk penumpang dan individu di kawasan kejadian nahas.

India sahkan seorang terselamat

Satu-satunya penumpang yang terselamat ialah Vishwash Kumar Ramesh, seorang warganegara British berusia 40 tahun, duduk di tempat duduk 11A, berhampiran pintu kecemasan.

kumar ramesh

Dia dilaporkan terpelanting keluar dari pesawat melalui pintu kecemasan, mengalami kecederaan pada dada, mata, dan kaki, tetapi masih mampu berjalan keluar dan mencari bantuan.

Selepas kejadian, beliau sempat menelefon keluarganya, menyatakan “tidak tahu bagaimana saya boleh terselamat” dan bertanya tentang abangnya yang turut menaiki penerbangan itu.

Dia ketika itu akui tidak pasti apa yang berlaku kepada abangnya kerana keadaan berlaku sangat pantas.

Vishawash Kumar Ramesh berkata: “30 saat selepas berlepas, terdapat bunyi kuat dan kemudian pesawat itu terhempas.

“Semuanya berlaku dengan begitu pantas,” katanya.

Seorang doktor memberitahu portal CNN bahawa keadaan Ramesh adalah “tidak terlalu kritikal” dan dia mungkin akan dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi.

Media India turut berkongsi gambar pas masuk (boarding pass) Ramesh yang menunjukkan bahawa beliau duduk di tempat 11A, dalam barisan pintu kecemasan berhampiran sayap kiri pesawat.

kumar ramesh

Vishawash Kumar Ramesh penumpang 11A

Netizen segera membincangkan tentang tempat duduk 11A yang selama ini dielakkan oleh pembeli tiket pesawat kerana dianggap tempat duduk yang teruk.

Kenapa?

Antaranya, tempat duduk 11A dalam pesawat sering kali mendapat rungutan daripada penumpang.

Hal ini kerana tempat duduk tersebut adakalanya tidak mempunyai tingkap, walaupun ia merupakan tempat duduk di tepi dinding pesawat dan pintu kecemasan.

Selain itu, kedudukannya yang berhampiran dengan sayap menyebabkan pemandangan terbatas dan bunyi enjin yang agak kuat. Dalam sesetengah pesawat, kerusi 11A juga tidak boleh disandarkan ke belakang.

Malah, penumpang mungkin tidak dibenarkan meletakkan barangan di bawah kerusi hadapan semasa berlepas dan mendarat.

Namun ternyata Vishwash Kumar Ramesh mungkin akan mengubah persepsi penumpang ke atas tempat duduk 11A selepas ini.

Chikku menulis: “Semua orang berkata jangan duduk di seat 11A dalam Boeing 787 – dan internet sarat dengan amaran.

“Namun Ramesh duduk di 11A dan dia menjadi satu satunya penumpang yang terselamat dalam nahas pesawat.

Netizen Terkejut 'Survivor' Tunggal Nahas Pesawat Air India Ternyata Duduk Di Kerusi 11A

“Jadi, jangan percaya bulat bulat apa yang anda baca di atas talian. Kerana kehidupan ini tidak berjalan seperti rumors di internet.”

Pandangan pakar

Penganalisis keselamatan CNN dan bekas pemeriksa keselamatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS, David Soucie, menyuarakan rasa terkejut bahawa seseorang yang duduk di kawasan itu mampu selamat dalam nahas sebegitu.

“Tempat duduk itu terletak betul-betul di atas bahagian penyambung utama sayap dan merupakan kawasan kuat yang akan menerima hentakan paling besar apabila pesawat menghentam tanah.

“Jadi, dari segi peluang untuk terus hidup di atas kawasan itu, ia amat mengejutkan,” katanya kepada CNN. Kisah Ramesh itu disifatkan sebagai satu keajaiban.