Hasil risikan awal pihak polis mendapati suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam, malam tadi, dipercayai melepaskan tembakan ke arah pekerja pembersihan selepas ditegur supaya mengalihkan barang.

Suspek juga disyaki berada bawah pengaruh dadah ketika kejadian, petik Berita Harian.

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sebelum pusat beli-belah itu ditutup, malam tadi.

Mohd Iqbal turut memaklumkan bahawa mangsa disahkan selamat tetapi cedera terkena beberapa das tembakan dilepaskan oleh suspek kepadanya.

Terdahulu, polis sedang giat memburu seorang lelaki tempatan yang melepaskan 8 das tembakan di salah satu pusat beli belah di Setia Alam baru-baru ini.

Insiden tersebut telah menyebabkan situasi panik di kalangan para pengunjung pada ketika itu.

Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.

Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli untuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.

#JadiBuddyBukanBuli #KawanBukanLawan

Sumber