Tular di Facebook Group ‘Swap Kereta Suka Sama Suka’, seorang peniaga kedai kopi mahu menukar sebuah McLaren 720S dengan lima buah kereta JDM.

Kereta-kereta tersebut adalah Nissan GT-R, Toyota Supra, Mitsubishi EVO, Subaru WRX STI dan Mazda RX-7.

Baca Juga:

Menurutnya, kereta-kereta itu nanti memudahkan kerja-kerja penghantaran kopi.

Nak Mudahkan 'Delivery', Peniaga Kopi Ini Mahu 'Swap' McLaren Dengan 5 Kereta JDM
Sumber Gambar: Facebook Swap Kereta Suka Sama Suka

Pada awalnya ramai menyangka perkara itu sekadar konten ‘main-main’ sahaja.

Namun peniaga kopi itu menunjukkan video penghantaran air kopi kepada pelanggan dengan McLaren.

Tambahnya lagi, sekiranya pemandu free pada ketika itu, pelanggan berpeluang untuk naik supercar tersebut.

Netizen memberikan pelbagai reaksi yang menggeli hati. Ramai menawarkan peniaga kopi itu dengan model-model kereta lain, serta motosikal RX-Z.

Bagaimanapun warganet mendoakan agar beliau dipermudahkan urusan untuk menemui seorang pemilik yang memiliki kelima-lima JDM tersebut.