Pelakon Puteri Sarah Liyana nekad untuk meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena dan tindakannya itu mendapat ‘green light’ daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Difahamkan, Puteri Sarah mahu memberikan pengajaran kepada individu tersebut yang masih lagi bercakap tentang dirinya di media sosial pada hari dia baru habis tempoh edah.

Baca Juga:

Menurutnya, dia juga telah berbincang dengan Syamsul mengenai isu tersebut dan Syamsul menyerahkan segala keputusan kepadanya.

“Bila saya tengok apa yang dia tulis bukan sahaja melibatkan saya tetapi turut membabitkan keluarga saya dan juga Syamsul (bekas suami).

“Bila saya dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat ni? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang pula ada masalah dengan kita.” ujar Puteri Sarah.

Susulan isu itu, dia juga telah menghubungi Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail untuk menjelaskan tentang isu berkenaan.

“Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula saman. Saya tarik saman terdahulu kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami masing-masing boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing. Tetapi bila semuanya telah selesai, timbul pula isu ini.” kata Puteri Sarah.

Tambahnya, kali ini dia nekad dengan pendiriannya dan tidak akan tarik semula saman. Dia juga berharap isu ini akan selesai tidak lama lagi dan dia mahu hidup dengan tenang selepas ini.