Seperti diketahui umum, pelakon Puteri Sarah telah memfailkan perceraian terhadap Syamsul Yusof di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
Menurut sumber, pengarah filem, Syamsul Yusof berdiam diri walaupun sudah dihubungi bagi mendapatkan komen mengenai tindakan Puteri Sarah.
Baca Juga:
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Difahamkan, Syamsul tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp ketika dihubungi oleh sumber.
Bahkan, pengarah dan pelakon yang berusia 38 itu dilihat berkongsi gambar kedua-dua cahaya matanya di Insta Story dengan kapsyen ‘Always’ dan emoji berbentuk hati.
Sementara itu, Puteri Sarah meluahkan rasa lega selepas memfailkan perceraian terhadap suaminya, semalam. Malah, dia berkata mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan dan tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.
Dipercayai tindakan dibuat selepas tidak mampu lagi untuk bersabar dengan apa yang dilakukan suaminya Syamsul Yusof berikutan perkahwinan dengan isteri kedua iaitu Ira Kaza.