Bukalapak, salah satu syarikat e-dagang terkemuka di Indonesia, hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah memperoleh pegangan majoriti dalam iPrice, platform perbandingan harga terkemuka di Asia Tenggara.
Memetik laporan rasmi, melalui pelaburan strategik tersebut, iPrice berpeluang untuk mempercepatkan pertumbuhannya dengan memanfaatkan sinergi antara kedua-dua kumpulan.
Baca Juga:
- Shopee Kalahkan Lazada Sebagai Laman E-Dagang Terbesar Di Vietnam
- AirAsia Lancarkan Ourfarm, Platform ‘E-Commerce’ Memfokuskan Kepada Agrikultur
- Khazanah Melabur Dalam E-commerce Pakaian Dalam India, Zivame
“Dengan kepakaran luas Bukalapak dalam e-dagang dan pangkalan pengguna setia iPrice dan teknologi terlibat, kami yakin boleh membuka kunci potensi penuh platform masing-masing,” kata Willix Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Bukalapak.
Nilai pengambilalihan dan pelaburan tersebut tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak.
iPrice akan terus beroperasi sebagai entiti bebas, mengekalkan kedudukan neutralnya terhadap pengguna dan bekerjasama dengan kumpulan peniaga dan penjual yang luas.
Syarikat itu ditubuhkan pada Oktober 2014 di Kuala Lumpur, Malaysia dan berkembang pada tahun yang sama dengan menjadi pemain aktif dalam industri e-dagang di enam negara lain: Singapura, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Vietnam.