Syarikat induk salah satu jenama kereta elektrik (EV) dari China iaitu Neta telah diisytihar bankrap menurut laporan media negara itu.

Zhejiang Hozon New Energy Automobile secara rasmi memasuki prosiding muflis pada 19 Jun lalu.

Baca Juga:

Menurut platform Pendedahan Kebankrapan Perusahaan Nasional, kebankrapan itu dimulakan oleh pemiutang bulan lepas.

Neta
Sumber Gambar: Soya Cincau

Bilik Pameran Neta Ditutup

Selain itu, beberapa bilik pameran Neta di Shanghai dilaporkan telah ditutup, seterusnya mencerminkan kedudukan syarikat yang tidak stabil.

Satu video muncul baru-baru ini yang menunjukkan pekerja berjumoa dengan pengerusi jenama itu, Fang Yunzhou, mengenai gaji tertunggak di pejabat Shanghai syarikat itu.

Ini mendorong jenama itu mengeluarkan kenyataan awam melalui platform media sosialnya, mengesahkan bahawa ia telah memulakan prosiding penyusunan semula.

Neta
Sumber Gambar: NST

Intro Synergy Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan itu di Malaysia akan menyusun semula operasinya di Malaysia sebagai langkah proaktif.

“Ini termasuk peralihan ke arah model jualan yang lebih kemas dan cekap yang beralih daripada rangkaian pengedar tradisional kepada pendekatan terus kepada pengguna,” kata syarikat itu.