Studio Bel&Bel kini sedang giat membina replika motosikal daripada manga Akira yang popular pada tahun 1980-an, oleh Katsuhiro Otoma. Studio itu, yang berpangkalan di Barcelona, Sepanyol merancang untuk menjualnya kepada peminat manga.
Dilaporkan oleh t3.com, Akira yang dibina berlatarkan kota Tokyo yang dibina di atas tapak nuklear. Salah satu watak utama dalam siri ini ialah ketua kumpulan Shotaro Kaneda. Dia menunggang motosikal low ride warna merah.
Baca Juga:
- Berjaya Popularkan Daerah Kuantan, Kerajaan Pahang Mahu Hubungi Penulis Anime ‘Jujutsu Kaisen’
- Kanak-Kanak Jepun Mula ‘Gilakan’ Karipap Selepas Tonton Filem Mechamato
Today's motorcycle is Kaneda's bike from Akira because it is real now! A company in Barcelona is making it, and it will retail for around 26,000 usd. Don't know any specs other than it will be electric, just like the source material. pic.twitter.com/tMq4grRTLT
— Noble the Mechanic (@NOBLES1236) January 31, 2024
Bel&Bel juga melaporkan bahawa replika itu dilengkapi dengan enjin daripada Yamaha dan motor elektrik.
Replika motosikal terbaharu yang sedang giat dibina ini akan mula dijual pada harga €24,000 atau sekitar RM122,000.
Mereka yang berminat untuk memiliki motosikal Kaneda perlu membayar €5,000 sebagai wang pendahuluan, dengan bakinya perlu dibayar semasa pembinaan motosikal tersebut.