Harga pengebumian di Jepun boleh dikatakan mahal dan ‘mencekik darah’, syarikat yang berpusat di Nagano ini ingin membantu membuat pembelian terakhir anda pada harga yang berpatutan.

Do-it-yourself bukan hanya menyeronokkan, tetapi juga mampu mengurangkan beban kewangan seseorang. Contohnya begini, jika kita mampu untuk membina sebuah rumah dengan segala kemahiran yang kita ada, kenapa perlu mengupah orang untuk melakukan semua itu?

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Contoh tersebut juga sama seperti kematian dengan cara DIY. Tetapi bagaimana ia dilakukan?

Tsubasa, sebuah syarikat perkhidmatan pengebumian yang berpangkalan di Nagano Prefecture, telah mula mengambil pesanan untuk Set Pemakaman DIY yang baru. Set ini termasuk keranda kayu, dengan tingkap terbuka untuk menunjukkan wajah si mati – bantal, tilam, dan selimut.

Screen-Shot-2019-12-17-at-10.08.18-AM

Pakej ini juga menyediakan perkhidmatan untuk menguruskan abu dan sisa tulang selepas pembakaran mayat.

Jangan risau, bagi pengguna yang berminat. Pakej ini juga akan didatangi dengan buku panduan yang menjelaskan bagaimana untuk melaksanakan upacara pengebumian.

Bermula dengan harga RM900, Set Pemakaman DIY dilihat akan menjadi pilihan utama buat rakyat Jepun apabila harga sebenar untuk satu pengebumian di Jepun mampu mencecah sehingga RM75,000.

Walau bagaimanapun, Set Pemakaman DIY ini hanya memberi apa yang diperlukan buat si mati dan buku panduan tersebut tidak mengajar pengguna bagaimana untuk mengebumi diri sendiri. Mereka tetap perlu menghubungi seseorang untuk menjalankan upacara seterusnya.

Berikut adalah cerita lain mengenai Jepun yang boleh anda baca. Klik pautan di bawah untuk membaca.

G&G: Lihat Apa Yang Menarik Di Jalan Jalan Japan, 1 Shamelin

Hotel Di Jepun Tampil Kelainan Sediakan ‘View’ Kucing Comel Buat Pelanggannya

Restoran Sushi Ternama Jepun Hilang Status Michelin Kerana Hanya Pilih Pelanggan VIP

Sumber