Konsortium Korea Selatan yang diketuai oleh LG telah memutuskan untuk menarik diri daripada projek bernilai kira-kira 11 trilion won (RM37 bilion) untuk membina rantaian bekalan bateri kenderaan elektrik (EV) di Indonesia.
Sebagai makluman ringkas, LG dan kerajaan Indonesia menandatangani perjanjian Indonesia Grand Package (GP) pada penghujung tahun 2020 dengan matlamat untuk melabur dalam keseluruhan rantaian bekalan.

Memetik MetroTV, sebagai respons kepada perkara itu, Pengarah Ekonomi di Center of Economic and Law Studies (Celios), Nailul Huda berkata bahawa sikap kerajaan terhadap pengaruh ketenteraan yang semakin kuat dalam dunia perniagaan Indonesia menyebabkan para pelabur berfikir semula untuk melabur di Indonesia.
“Kebimbangan mengenai pengukuhan pengaruh tentera dalam dunia perniagaan adalah berdasarkan kepada keputusan perniagaan yang sering kali di luar pertimbangan komersial. Campur tangan pihak tentera akan menjadi lebih kuat dan menyebabkan dasar negara dikhuatiri tidak memihak kepada pelaku perniagaan, sebaliknya lebih kepada kehendak tentera,” kata Huda ketika dihubungi pada hari Selasa, 22 April 2025.
Pastinya, sambung beliau, dasar-dasar kerajaan akhir-akhir ini menjadikan kepastian pelaburan menjadi tidak menentu. Para pelabur dijangka akan mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap dasar kerajaan yang boleh menentukan hala tuju pembangunan industri pada masa hadapan.
“Salah satunya berkaitan dengan sikap kerajaan dalam menghadapi perang tarif. Seperti yang diketahui, dengan timbulnya perang tarif, ia mengalihkan permintaan bateri EV yang didominasi oleh kereta dari China,” ucapnya.
Dengan adanya halangan bagi kereta EV China untuk memasuki AS, Huda berpendapat bahawa pasaran akan menjadi semakin sempit, yang menyebabkan pelaburan dalam bateri EV dianggap kurang menguntungkan.
“Impaknya bagi Indonesia adalah pengiliran nikel akan mewujudkan jurang yang besar dalam rantaian industri nikel. Pengiliran hanya dimanfaatkan untuk pembuatan bateri EV di China. Indonesia tidak akan pernah dapat membangun kilang bateri EV berskala global,” kata Huda.
Oleh itu, beliau meminta agar kerajaan perlu meneliti dengan lebih mendalam keputusan mereka akhir-akhir ini. Sebagai contoh, keputusan mengenai Tahap Kandungan Dalam Negeri (TKDN) menjadi keputusan penting sama ada tidak perlu ada pengeluaran dalam negeri dengan mengimport barangan siap berbanding membina kilang yang biasanya berskala besar.
“Selain itu, perluasan peranan tentera perlu dihadkan sesuai dengan keadaan dunia perniagaan. Militerisme dalam dunia perniagaan hanya akan merugikan dari sudut pandang pelaku perniagaan yang lain. Kekuatan tentera yang terlalu besar akan mengehadkan ruang gerak dunia perniagaan,” ujarnya.
Dalam pada itu seorang pakar ekonomi lain turut mendakwa pengaruh Trump yang besar di peringkat global sememangnya memberikan impak besar terhadap pasaran EV secara tidak langsung.
Dengan ada dasarnya melindungi pasaranya daripada import, bukan barangan yang dibuat di luar secara amnya, atau mengehadkan import, ini telah membuka pecahan pasaran EV di antara AS dan China.
Oleh itu, lebih banyak pelabur mengambil langkah berjaga dalam membuat pelaburan dengan negara luar yang berkait dengan China termasuk Indonesia.