Tidak dapat dinafikan bahawa Mobile Legends merupakan satu permainan yang terkenal dalam kalangan anak-anak muda di Malaysia bahkan ia juga terkenal di seluruh benua Asia Tenggara.

Umum tahu bahawa permainan Mobile Legends ini dibangunkan oleh syarikat Moonton. Dalam perkembangan terbaharu, portal Channel News Asia melaporkan bahawa ByteDance, sebuah syarikat di China yang juga mengendalikan operasi aplikasi TikTok dikatakan telah membeli syarikat Moonton pada harga $4 bilion (RM16.45 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut sumber, tindakan ByteDance membeli Moonton itu atas dasar ingin menjadi pesaing terdekat kepada syarikat pembangun aplikasi media sosial serta permainan terkemuka di China iaitu Tencent. Mana tidaknya, Tencent juga mempunyai aplikasi permainan persis Mobile Legends iaitu League of Legends: Wild Rift dan Honor of Kings.

Difahamkan, sebelum ini Tencent pernah membida untuk membeli Moonton namun tidak berjaya dan bidaan itu dipintas oleh ByteDance menerusi satu acara bidaan Moonton yang berlangsung pada minggu lepas.

Walau bagaimanapun, pengambil alihan ini tidak akan berlaku perubahan pada struktur organisasi pekerja yang sedia ada dan Moonton dilaporkan akan terus beroperasi seperti biasa.

Netizen kecewa apabila pasukan Todak hadapi kekalahan atas alasan tidak biasa bangun pagi. Baca lagi pada pautan di bawah.

Netizen Geleng Kepala, Atlet E-Sport Negara Salahkan ‘Kena Bangun Pagi’ Jadi Punca Kekalahan

Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya

Tencent Bakal Mengambil-Alih Supercell Dengan Harga $8.6 Billion

 

 

Sumber