Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal beraksi dalam Kejohanan Ironman Dunia yang bakal berlangsung di Nice, Perancis, tahun depan.
Ahli Parlimen Muar itu telah menyertai kategori utama Ironman Malaysia di Langkawi buat kali pertama dan berjaya menghabiskan ketiga-tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal sejauh 180km serta larian sejauh 42.2km.
Baca Juga:
- Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Ironman Malaysia Walaupun Cedera
- Syed Saddiq Cedera Langgar Pokok Tumbang Ketika Sertai Ironman
- Isu Triathlon Desaru 2024: Syed Saddiq Mohon Maaf, Akui Ada Kesilapan
- Syed Saddiq Didakwa Menipu Dalam Pertandingan Triathlon Desaru 2024?
Beliau tiba di garisan penamat sekitar jam 9.30 malam dengan catatan 13 jam dan 13 minit untuk menduduki tempat keenam dalam kategori umurnya.
Join FULL IRONMAN buat kali pertama dan terus buat kejutan dengan melayakkan diri ke Ironman World Championship 2025 di Nice, Perancis 🔥
Congratulation @SyedSaddiq @ASTROARENA #astroarena #nadiweekend #ironman2024 pic.twitter.com/RGTrPtnCIq
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) October 13, 2024
Sebelum itu, Syed Saddiq terlibat dalam kemalanangan dan mengalami kecederaan ringan apabila basikal yang ditunggangnya terbalik selepas melanggar dahan pokok tumbang ketika beraksi dalam disiplin berbasikal.
Syed Saddiq menerusi laman Facebook turut mendedahkan dia baru belajar berenang sejak Februari lalu selain menggunakan basikal terpakai.
“Dari hanya belajar berenang pada bulan Februari, daripada menggunakan basikal terpakai pertama saya pada bulan April, belajar untuk melawan penyakit asma, saya berjaya menamatkan Ironman dalam masa 13 jam 13 minit,” katanya.
Beliau juga mengesahkan akan menyertai Ironman Malaysia sekali lagi pada tahun depan. Insiden kemalangan yang berlaku tidak mematahkan semangatnya untuk terus beraksi sehingga tiba ke garisan penamat.
“Dalam minda hanya mahu habiskan kejohanan ini sahaja walaupun saya hilang kira-kira 30 minit akibat kejadian itu tetapi saya tetap bersyukur kerana tidak ada tulang yang patah… hanya lebam dan berdarah sahaja tetapi itu perkara biasa.
“Walaupun kejadian ini berlaku dalam penyertaan sulung, 110 peratus saya akan menyertai Ironman Malaysia lagi pada tahun hadapan,” katanya dalam Berita Harian.