Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahma mengalami kecederaan apabila basikal yang ditunggangnya terbalik selepas melanggar dahan pokok tumbang ketika menyertai Ironman Malaysia di Langkawi hari ini.

Bagaimanapun, bekas menteri Belia dan Sukan itu dilaporkan cedera ringan menurut New Straits Times.

Baca Juga:

Beliau ketika itu sedang beraksi dalam disiplin berbasikal dan kemalangan dipercayai berlaku antara jam 11 pagi dan tengah hari. Difahamkan kejadian pokok tumbang berlaku disebabkan oleh keadaan cuaca buruk.

Syed Saddiq Cedera Langgar Pokok Tumbang Ketika Sertai Ironman

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Shariman Ashari, ketika dihubungi, mengesahkan kemalangan itu.

“Setakat ini, belum ada laporan mengenai bagaimana kemalangan itu berlaku dan tahap kecederaan yang dialaminya (Syed Saddiq).

“Hanya dimaklumkan dia masih berbasikal menuju ke pusat pemeriksaan terakhir (semasa mengalami kemalangan),” kata Shariman.

Sebelum ini dilaporkan Syed Saddiq antara nama yang tersenarai sebagai peserta Ironman Malaysia tahun ini.

Ironman Malaysia melibatkan tiga disiplin: berenang sejauh 3.8km, berbasikal sejauh 180 km, dan berlari sejauh 42.2 km.