Syed Saddiq kerap bersama Bella Astillah bukannya untuk suka suka, namun semuanya demi rakyat Muar.
Selain itu, Syed Saddiq mendedahkan bahawa dia terpaksa menjadi model baju raya demi rakyat yang dia sayangi.
Hal ini kerana menurutnya, kerajaan tidak memberikannya peruntukan walaupun sudah lima kali menghantar surat kepada kerajaan.
Malangnya beliau masih tidak lagi menerima bantuan daripada kerajaan.
Saddiq memberitahu bahawa dia berjaya mendapatkan RM1 juta untuk rakyat di Parlimen Muar, menerusi kerjayanya sebagai model.
Sebelum ini ramai pihak menegur Syed Saddiq kerap bersama Bella Astillah termasuk ahli daripada ahli parlimen sendiri.
Syed Saddiq kerap bersama Bella Astillah membuat konten di media sosial terutama sekali yang mampu menarik golongan muda.
Dan kemesraan mereka menimbulkan banyak spekulasi. Ada yang mulai mempersoalkan kenapa Syed Saddiq kerap bersama Bella Astillah? Kedua dua pihak sentiasa mengambil pendekatan memberilkan jawapan selamat.
Syed Saddiq pertahankan tindakannya bersama dengan selebiriti selagi lagi tidak melanggar undang undang dan tidak menyalahi etika dia sebagai wakil rakyat.
Kerana menurutnya, dia terpaksa berbuat demikian, kerana masih gagal menerima peruntukan kerajaan untuk membantu rakyat Muar.
Dan dia nekad akan melakukan apa sahaja demi rakyat Muar sebagai seorang wakil rakyat yang diundi menerusi proses demokrasi.
Syed Saddiq berkata: “Isu peruntukan sebagai Ahli Parlimen Muar, saya konsisten dan beberapa kali cuba berunding. Saya ikut petua Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya berunding dengan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof).

“Saya sudah berunding sebanyak lima kali, surat demi surat sudahpun dihantar. Lebih 400 hari tetapi bantuan daripada kerajaan di Pusat Khidmat Parlimen Muar, kosong ringgit.”
Saddiq mengingatkan agar kerajaan berterus terang sahaja jika tidak mahu memberikannya peruntukan.
Ada sebab Syed Saddiq kerap bersama Bella Astillah
Syed Saddiq kemudian mendedahkan bahawa dia dan Bella Astillah kerap bersama kerana ada kerjasama di antara mereka untuk menjayakan projek promosi lagu raya.
Syed Saddiq akui ada ahli parlimen yang memarahinya kerana menjadi model.
“Oleh sebab saya dah cuba berkali kali dan masih tak berjaya, sebab itulah saya lari dan jadi model. Ada juga ahli parlimen yang marah saya kerana jadi model.
Nekad jadi model baju raya
Syed Saddiq sudah menyatakan bahawa dia akan lakukan apa sahaja demi rakyat Muar. Ini termasuk menjadi model baju raya.
Inilah sebab kenapa Syed Saddiq kerap bersama Bella Astillah.
‘Ada Janji Yang Lebih Manis Daripada Manifesto,’ Nasihat Dr Zulkifli Buat Syed Saddiq
“Saya terpaksa jadi model… akhirnya dapat sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar,” katanya pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.
Syed Saddiq dilihat benar benar aktif membuat konten di media sosial bersama selebriti dan menjadi model baju raya. Dan Syed Saddiq kerap bersama Bella Astillah membuat konten yang dianggap menarik.
Sehingga ada yang menganggap mereka pasangan yang comel, serta mendoakan mereka berdua ada jodoh.
Sehingga ada pihak kurang senang dengan Syed Saddiq yang sering ‘berkepit’ dengan Bella Astillah. Mereka menjalinkan kerjasama untuk mempromosi baju raya sebuah jenama terkenal di tanah air.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat memberitahu rundingan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang secara individu masih lagi terbuka – menurut sumber Astro Awani.