Syed Saddiq tampil memberikan penjelasan tentang tuduhan ke atasnya oleh seorang pengguna akaun media sosial bernama Joshua Izham bawa dia telah menipu dalam perlumbaan triathlon.
Di mana Joshua Izham menuduh Syed Saddiq sebagai menipu ketika acara Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada 7 Julai lalu.
Menurut Joshua Izham, dia hairan bagaimana Syed Saddiq boleh berada di hadapannya pada disiplin larian sedangkan ketika acara renang dan berbasikal, Syed Saddiq berada di belakangnya.
Syed Saddiq Didakwa Menipu Dalam Pertandingan Triathlon Desaru 2024?
Joshua menulis: “Saya perasan awak berada di belakang saya semasa berenang. Dan awak tak pernah memotong saya semasa berbasikal, tetapi semasa larian, awak dah ada di hadapan saya. Macam mana boleh jadi begitu?
Dalam pertandingan 113 Triathlon Desaru 2024, Saddiq dikatakan mencatat masa 2 jam 37 minit untuk jarak yang sama, iaitu 90km. “Pelumba terpantas dari Sepanyol pun catat masa 2 jam 31 minit. Awak memang betul-betul laju?” tambahnya lagi.
Lantas Joshua Izham mempersoalkan sama ada Syed Saddiq benar benar menghabiskan semua acara atau sebaliknya?
Kesal dengan dakwaan itu, Syed Saddiq memberikan penjelasan dan menyatakan dia tidak pernah menipu untuk menang atau menaiki podium. Sebaliknya dia cuma berlari untuk kesihatan mental dan memperbaiki diri.
Syed Saddiq terpanggil untuk menjawab tuduhan ke atasnya melibatkan 3 isu utama.
Syed Saddiq berkata: “Berkenaan dengan catatan masa saya habiskan acara berbasikal yang cepat selesai dari jangkaan, saya sudah pun semak dengan pasukan teknikal ketika itu.
“Saya juga semak lebih dua kali untuk pastikan tiada kesalahan teknikal.”
Syed Saddiq turut menunjukkan beberapa bukti dengan lampiran catatan masa dan juga gelang kaki yang dipakainya.
“Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya dalam isu ini. Ketika saya mendapat tahu saya menamatkan acara berbasikal lebih cepat daripada yang saya jangka, saya terus menyemak dengan pasukan teknikal 1 semasa pertandingan, agar tiada isu berbangkit.
“Saya beritahu mereka secara spesifik: ‘Saya tak mahu tipu, tolong semak ya’. Ada dua saksi di situ, bukti saya benar benar mahu memastikan segalanya mengikut peraturan. Saya buat semakan ketiga semalam dengan pihak penganjur dan pasukan teknikal 1.
“Secara jujurnya, saya menyertai triathlon untuk kesihatan mental dan untuk memperbaiki diri sendiri. Ianya bukan kerana medal atau trofi sama sekali.
“Sebagai seorang yang baru dalam komuniti triathlon ini, melengkapkan perlumbaan ketiga saya pada jarak 113km atau perlumbaan separuh, ianya benar benar pengalaman yang mengubah hidup saya.
“Saya tidak pernah terfikir mahu menyakiti koumuniti mesra yang hebat ini. Jadi, saya benar benar meminta maaf jika apa yang saya lakukan menyebabkan sebarang kemudaratan, dan saya benar benar mahukan kebenaran daripada semua ini.”
Hello friends,
I’d like to take the opportunity to respond to the allegations made against me during last week’s race.
3 points were raised,
-2 loops or 3 loops
-comparison with past timing
-Potentially taking away a spot from a more deserving athleteI will give my full… pic.twitter.com/ZztueHV12s
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 10, 2024