Umum diketahui para penonton tidak dibenarkan merakam di dalam pawagam. Malah, perkara ini turut diumumkan sekali lagi sebelum sesebuah filem bermula. Merakam babak dalam wayang sememangnya menyalahi akta dan bakal dikenakan tindakan.
Di sebalik usaha pelbagai pihak lebih sedekad ini memaklumkan isu larangan merakam, masih terdapat individu yang berdegil serta memilih untuk merakam. Lebih parah, rakaman yang dibuat dikongsikan secara terus untuk tontonan umum di TikTok.
Baca Juga:
- Lelaki Pakai Telekung Dirakam ‘Khusyuk’ Mencuri Barangan Jemaah Masjid Di Shah Alam
- ‘Megah’ Pertahankan Diri Bina Pagar Di Kaki Lima, Pihak Berkuasa Pantas Ambil Tindakan
Terbaharu, tular sebuah insiden menerusi perkongsian Twitter @4hmadsaf1q92 yang menyaksikan seorang wanita dengan penuh selamba merakam babak sebuah filem. Meskipun sudah ditegur mengenai tindakan yang dilarang tersebut, wanita ini seolah berdegil untuk membuang rakaman yang dibuat.
https://twitter.com/4hmadsyaf1q92/status/1620439689252712448
Situasi yang berlaku telah memaksa petugas pawagam ini mendesak serta memaklumkan untuk memanggil manager beliau berikutan kedegilan yang ditunjukkan.
Bukan itu sahaja, pihak TGV juga turut mahukan informasi lanjut mengenai tarikh, masa dan lokasi rakaman yang dibuat untuk siasatan lanjut. Malah, para netizen juga turut berang dengan perlakuan wanita ini walaupun sudah ditegur berulang kali.
Hi, sila dm kami tarikh, masa dan lokasi pawagam bagi semakan. – GX
— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) February 1, 2023
Dik… jangan kata manager saya tak bagi rekod. Bagitau dia perbuatan dia tu menyalahi undang2. Sebut akta sekali. Boleh didakwa & jika didapati bersalah boleh didenda/penjara (saya tak pasti boleh dipenjara atau tidak). GSC/TGV kena train staff sikit lagi ya 🙂
— 🐵🙈🙉🙊 (@cekodok_sayur) January 31, 2023
kalau dah kerek macam ni, saman je terus biar padan dengan muka 🥱
— Alia (@owlsblxck_) January 31, 2023
https://twitter.com/4hmadsyaf1q92/status/1620441385559281665
Menerusi semakan terbaru, akaun TikTok wanita ini masih lagi aktif sekaligus mengesahkan beliau merupakan individu yang merakam dalam pawagam tersebut.